web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pindaan Perkara 40 Bakal Beri Kerajaan 'Cek Kosong' - UNDI18

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 6:13PM

Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bakal memberikan kuasa yang terlalu luas kepada kerajaan untuk menentukan keahlian parti setiap Ahli Parlimen.

Jurucakap Persatuan Pengundi Muda (UNDI18) berkata, tujuan Pindaan Perlembagaan tersebut dibuat adalah untuk membolehkan Penggubalan Undang-undang Anti Lompat Parti.

“Pindaan Perkara 10 tidak hanya mengkhusus kepada isu lompat parti. Pindaan Perkara 10 akan memberikan ‘cek kosong’ kepada mana-mana kerajaan akan datang untuk mengawal penyertaan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam parti politik. 

“Tidak mustahil juga peraturan ini diletakkan untuk memecat ahli politik jika mereka pernah disaman atau ditahan polis di bawah mana-mana akta yang ditentukan pihak kerajaan,” katanya.

Menurut beliau, pindaan Perkara 10 berisiko menyebabkan beberapa isu besar yang akan memberikan implikasi jangka masa panjang kepada kesihatan demokrasi negara berlaku.

Katanya, pindaan perlembagaan bagaimanapun masih diperlukan untuk Perkara 48 berhubung faktor yang membolehkan mana-mana Ahli Parlimen dilucutkan kuasa ke atas kawasan disandang.

“Tanpa pindaan terhadap Perkara 48, apa-apa Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti yang memaksa Ahli Parlimen mengosongkan kerusi Parlimen masih tidak selari dengan Perlembagaan,” ujarnya.  

Beliau turut menegaskan, Pindaan Perkara 10 tidak mampu menghalang peristiwa seperti tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (Langkah Sheraton) daripada berulang kembali, atau kejatuhan Perikatan Nasional.

“Kedua-dua kejadian ini disebabkan oleh parti politik memilih untuk menukar arah dan meninggalkan kerajaan,” katanya.

Tambah jurucakap itu, kerajaan yang mementingkan diri boleh menghadkan keahlian parti politik, hanya dengan kuasa legislatif dan keputusan keselamatan yang diambil tanpa sebarang semak dan imbang atau penyeliaan.

“Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Janganlah terlanjur berikan kuasa tanpa batas kepada kerajaan, baru menyesal di kemudian hari,” jelasnya. - Getaran, 9 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang