web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Warga Asing Ditemui, Dipercayai Meninggal Dunia Seminggu Lalu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 9:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menemui mayat seorang warga asing yang dipercayai meninggal dunia sejak seminggu lalu di sebuah apartmen di Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan pada jam 1.32 tengah hari semalam, yang terhidu bau busuk dari unit didiami lelaki terbabit.

“Susulan laporan, Pasukan Kereta Peronda Polis (MPV) Setapak diarahkan ke lokasi kejadian bagi tindakan lanjut,” katanya di sini malam tadi.

Menurut beliau, polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya memasuki rumah tersebut sebelum menemui mayat seorang lelaki warga asing berusia 50 tahun.

“Mangsa yang dipercayai tinggal bersendirian dianggarkan meninggal dunia sejak seminggu lalu oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Siasatan Unit forensik di tempat kejadian mengesahkan tiada unsur-unsur jenayah membabitkan kematian mangsa terbabit,” katanya.

Ashari berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat mangsa dibawa ke HKL untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di nombor 03-92899222 atau dimana-mana Balai Polis berdekatan,” katanya. - Getaran, 10 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global