web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP PPN, 122 Pengunjung Pusat Hiburan Terima Kompaun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 6:27PM

Kesemua individu berusia 19 hingga 58 tahun itu dikompaun atas kesalahan tidak mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada di dalam premis tersebut. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 122 pengunjung dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa peralihan ke endemik, dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua individu berusia 19 hingga 58 tahun itu dikompaun atas kesalahan tidak mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada di dalam premis tersebut.

“Pengurus premis itu juga turut dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal memastikan pengunjung mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya hari ini.

Beliau berkata, polis turut menahan dua individu yang didapati positif dadah dalam serbuan berasingan di  sebuah pusat hiburan sekitar Jalan Raja Chulan, semalam.

“Kita telah menjalankan ujian saringan air kencing ke atas 21 pengunjung termasuk tujuh warga asing di pusat hiburan terbabit, yang berusia antara 20  hingga 49 tahun.

“Hasil ujian saringan air kencing itu, dua individu didapati positif dadah jenis amphetamine dan direman sehari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Noor Delhan berkata, kompaun sebanyak RM1,000 turut dikeluarkan kepada pengurus pusat hiburan terbabit.

“Tindakan kompaun tersebut dilakukan mengikut Peraturan 18 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan  Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (PPN) (fasa peralihan ke endemik) 2022,” katanya.

Noor Dellhan turut menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Operasi dan pemeriksaan di pusat hiburan yang menjalankan aktiviti melanggar SOP di bawah PPN Fasa Peralihan Endemik akan dipertingkatkan oleh pihak polis demi menjaga kesejahteraan semua,” ujarnya. - Getaran, 10 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

LHDN Nafi ‘Serbuan’ Di Kediaman Hamzah Bermotifkan Politik

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwaan Rasuah OCPD: SPRM Tahan 3 Lagi Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini