web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenapa PM Perlu Runding Dengan PN Untuk Bubar Parlimen?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 9:07PM

Isham Jalil berkata tiada keperluan PN dibawa berunding untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil mempersoalkan keperluan untuk Perikatan Nasional (PN) dibawa berunding terlebih dahulu bagi menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya akan mengadakan rundingan bersama kepimpinan partinya sahaja berhubung perkara itu.

“Untuk bubar Parlimen ini, buat apa Perdana Menteri nak rujuk kepada parti lain pula. Kalau beliau nak rujuk pun, mestilah kepada UMNO sendiri.

“Bukannya (merujuk) kepada Muhyiddin, BERSATU atau PN mahupun parti orang lain untuk bubar Parlimen,” katanya menerusi hantaran video di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin yang mahu Perdana Menteri berunding terlebih dahulu bersama PN dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

Perkara itu dizahirkan Muhyiddin kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika majlis berbuka puasa bersama kepimpinan tertinggi PN.

Turut hadir, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden GERAKAN, Senator Datuk Dr Dominic Lau.

Mengulas lanjut, Isham berkata, tindakan tersebut membuktikan bahawa mantan Perdana Menteri itu merupakan pemimpin yang suka membuat ‘u-turn’ demi memperoleh kepentingan peribadi.

“Muhyiddin bukan sahaja nak jumpa Ismail Sabri namun merata rata dah dia jumpa.

“Beliau telah pun lakukan pertemuan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan juga Tun Dr Mahathir.

“Dan Tun Mahathir pun kata Muhyiddin jumpa beliau sebab nak cari sokongan untuk menjadi Perdana Menteri semula,” katanya.

Tegas Isham, inilah yang bakal terjadi sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjalinkan kerjasama bersama pemimpin bersifat pengkhianat.

“Semalam jumpa Perdana Menteri nak kerjasama lah tapi di belakang, Muhyiddin pergi jumpa orang lain minta sokongan jadi Perdana Menteri.

“Maksudnya dia nak jatuhkan Perdana Menteri sedia ada.

“Jadi, apa cerita ini Muhyiddin, inilah kalau kita bekerjasama dengan pengkhianat.

“Hari ini cakap lain, esok nanti dia cakap lain,” katanya. - Getaran, 10 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 16 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad