web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nicky Liow Menyerah Diri Selepas Setahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 6:53PM

Datuk Razarudin Husain - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas setahun diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Nicky Liow akhirnya keluar dari lokasi persembunyiannya dan menyerahkan diri hari ini.

Nicky, 34, yang juga pengasas Winner Dynasty Group, menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, pada jam 11 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, lelaki itu buat masa ini berhadapan lebih 20 kes berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

"Dia (Nicky) akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam, esok, untuk menghadapi 26 pertuduhan.

"Sebelum ini pada 23 Mac lalu, Mahkamah Shah Alam, mengeluarkan waran tangkap ke atas Nicky atau Liow Soon Hee, untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLAFTA," katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Razarudin berkata, siasatan terhadap Nicky dibuka mengikut Seksyen 130 V hingga Seksyen 130 ZB, Kanun Keseksaan bagi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) namun digugurkan oleh mahkamah.

Nicky sebelum ini diburu selepas berjaya meloloskan diri dalam operasi yang dijalankan oleh Polis Johor, membabitkan serbuan berasingan di Puchong, Selangor.

Dalam serbuan terhadap sindiket yang dipercayai aktif dalam pelbagai jenis penipuan dalam talian itu, 12 individu ditahan termasuk seorang yang bergelar Datuk Seri. - Getaran, 11 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Guna Telefon Bimbit Sambil Memandu Diarah Serah Diri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi