web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Ungguli Presiden PKR, Menang Tanpa Bertanding

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Apr 2022 12:54PM

Anwar menang tanpa bertanding. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan bagi penggal 2022/2025.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memaklumkan bahawa Anwar memenangi jawatan tersebut untuk penggal kedua tanpa bertanding.

“Mengulangi sejarah Pemilihan PKR 2018, Saudara Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini.

“Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi Keadilan.

“Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada Saudara Anwar Ibrahim,” katanya menerusi satu hantaran di Twitter hari ini.

Pada pemilihan kali ini, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu akan bersaing bagi jawatan timbalan presiden menentang bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Bagi pencalonan jawatan naib presiden yang memperuntukkan empat tempat pula, ia membabitkan persaingan 17 penjuru, dibarisi Menteri Besar Selangor dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Chang Lih Kang,  Pengarah Komunikasi PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil,  Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ketua Setiausaha Pengelola PKR yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Bekas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bekas Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Tinagaran, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai, bekas Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan dan ADUN Sentosa, Dr G Gunaraj.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, bekas Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), S Thiban, ADUN Chuah, Datuk Michael Yek Diew Ching dan ADUN Bukit Selambau, Dr R Summugam.

Proses pengundian bagi pemilihan dalam talian pada pemilihan kali ini ialah pada 18 hingga 20 Mei, manakala secara fizikal pada 13 hingga 17 Mei. - Getaran, 12 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini