web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pensijilan SIRIM, SIRIM QAS International Sedia Bantu Pengilang, Pengimport Pelitup Muka

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Apr 2022 8:40PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - SIRIM QAS International sedia membantu pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan untuk mematuhi peraturan ditetapkan dalam proses permohonan pensijilan MS SIRIM.

Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International, Nur Fadhilah Muhammad berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha melindungi pengguna, sekali gus memastikan standard kualiti dan keselamatan yang terbaik terhadap pelitup muka digunakan.

“Kami bersedia membantu pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan untuk mematuhi peraturan ini bagi menunjukkan bahawa kepentingan serta keselamatan pengguna adalah keutamaan.

“Saya minta pihak terbabit untuk menghubungi SIRIM QAS International bagi sebarang pencerahan lanjut dan nasihat berkaitan ujian dan proses pensijilan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, ketika ini terdapat banyak pelitup muka bukan perubatan yang dijual di pasaran.

Katanya, pengguna berhak untuk tahu bahawa produk yang dibeli adalah berkualiti tinggi, selamat dan berfungsi dengan baik.

“Sebagai proses, sebelum memastikan pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan menerima pensijilan MS SIRIM, kami menjalankan ujian dan pemeriksaan bagi produk yang dijual di pasaran untuk memastikan kualiti serta keselamatan terjamin.

“Semua jenis pelitup muka bukan perubatan diuji berdasarkan standard SIRIM 40, CWA 17553, AFNOR SPEC S76-001, MS 2323 atau BS EN 149,” ujarnya.

Beliau berkata, selepas menjalani audit pensijilan dan lulus kesemua ujian, produk itu akan diberikan label MS SIRIM yang diyakini berkualiti dan selamat untuk digunakan.

Katanya, SIRIM QAS International mula melakukan pengujian dan pensijilan ke atas pelitup muka bukan perubatan sejak tahun 2016.

“SIRIM QAS International sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna. Ini merupakan objektif setiap ujian dan pensijilan yang kami jalankan ke atas setiap produk atau perkhidmatan,” katanya.

Sebelum ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan bahawa bermula 1 Januari 2023, pelitup muka bukan perubatan memerlukan pensijilan dan label SIRIM sebelum dijual.

Menurut KPDNHEP, pengumuman tersebut selaras dengan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 yang telah diwartakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada 5 April lalu.

Katanya, pewartaan berkenaan yang akan dilaksanakan terhadap pengilang dan pengimport itu bertujuan untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan tempatan atau import mematuhi standard keselamatan ditetapkan. - Getaran, 12 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: Calon, Petugas Guna Pelitup Muka Jika Ada Gejala Influenza

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KKM Galak Pakai Pelitup Muka, Tiada SOP Baharu Dikeluarkan - Dr Zaliha

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penularan Varian Arcturus, KKM Syor Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi