web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Nelayan Asing Dicekup, Kaut 400 Kilogram Ikan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 1:07PM

Sebanyak 400 kilogram ikan dirampas daripada 4 nelayan warga asing yang ditahan oleh Maritim Selangor, petang semalam. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Empat nelayan warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, petang semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, turut dirampas ialah bot nelayan dan tangkapan ikan yang dianggarkan seberat 400 kilogram. 

Menurut beliau, kesemua mereka ditahan semasa rondaan rutin penguatkuasaan di kedudukan 27 batu nautika barat daya Kuala Selangor.

 "Pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan empat kru termasuk tekong warga Myanmar berumur lingkungan 24 hingga 45 tahun.

"Kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah, malah bot tersebut didapati melanggar syarat sah lesen," katanya hari ini.

Beliau berkata, semua hasil rampasan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu melakukan aktiviti penangkapan ikan di luar kawasan ditetapkan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

"Maritim Malaysia memandang serius operasi penguatkuasaan di laut dan akan mengambil tindakan tegas kepada setiap penjenayah yang melakukan aktiviti jenayah di sepanjang Zon Maritim Malaysia," ujarnya. - Getaran, 13 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang