web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Misteri Kematian Anggota Polis Terungkai, Suspek Utama Aktif Samun Bersenjata

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 8:45PM

Selain kes bunuh anggota polis, suspek turut didakwa kerana menembak mati pengawal van keselamatan dalam kejadian samun di hadapan sebuah bank di Puchong Prima pada 11 Mac lepas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya merungkai misteri pembunuhan seorang anggota polis yang ditembak mati ketika bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, lima tahun lalu dengan penahanan suspek utama kejadian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berkenaan dipercayai aktif melakukan samun bank bersenjata api di sekitar kawasan Subang Jaya dan Shah Alam.

Menurut beliau, tanda tanya mengenai kehilangan pistol milik mangsa juga terjawab dengan rampasan senjata itu daripada suspek.

"Suspek didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

"Selain kes bunuh anggota polis itu, suspek turut didakwa mengikut seksyen sama kerana menembak mati pengawal van keselamatan dalam kejadian samun di hadapan sebuah bank di Puchong Prima 11 Mac lepas," katanya hari ini.

Abd Jalil berkata, siasatan mendapati suspek menggunakan pistol sama untuk menembak pengawal keselamatan berkenaan dalam rompakan tersebut.

Suspek juga jelas beliau, berdepan pertuduhan di bawah Sesyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh rakan sekerja mangsa yang ditembak di bahagian perut.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

"Suspek juga dituduh memiliki senjata api iaitu sepucuk pistol semi automatik jenama Walther P99 dengan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

"Sekiranya disabitkan bersalah, suspek boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan," ujarnya.

Abd Jalil menarik perhatian, lelaki terbabit turut didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum gantung jika sabit kesalahan selepas terbabit dalam tiga lagi kes samun bersenjata di sekitar Subang Jaya dan Shah Alam.

Pada 11 Mac lalu, seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak manakala rakannya cedera dalam satu rompakan berhampiran sebuah bank di Puchong Prima.

Kejadian pada jam 5.50 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang mengawal van keselamatan yang membawa sejumlah wang tunai.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan di Seksyen 24, Shah Alam kira-kira sejam selepas rompakan. – Getaran, 13 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah