web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Judi Dalam Talian, 12 Termasuk 2 Wanita Dicekup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 8:51PM

Polis merampas pelbagai barangan termasuk komputer dan telefon bimbit hasil serbuan di Kampung Baru Balakong, Taman Casa Green dan Landmark Residence.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Dua belas individu termasuk dua wanita ditahan menerusi empat serbuan kerana disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, serbuan telah dijalankan di kawasan Kampung Baru Balakong, Taman Casa Green dan Landmark Residence.

“Operasi yang bermula jam enam petang hingga 11 malam tersebut telah berjaya menahan 12 lelaki dan dua wanita berusia 21 hingga 39 tahun.

“Kita juga telah merampas pelbagai barangan seperti lapan unit komputer, dua unit komputer riba, 53 buah telefon bimbit (pelbagai jenis) dan empat unit modem internet,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan yang dijalankan mendapati sindiket berkenaan mempunyai 3 jenis permainan perjudian iaitu Slot Games, Roullete dan Table Games.
Siasatan yang dijalankan mendapati sindiket berkenaan mempunyai 3 jenis permainan perjudian iaitu Slot Games, Roullete dan Table Games.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi selama setahun dan boleh mencapai keuntungan sehingga RM40,000 sebulan.

“Sindiket ini juga menggunakan platform laman web www.win4uvip.com, www.menang888.com dan www.grand288.com yang mempunyai tiga jenis permainan perjudian iaitu Slot Games, Roullete dan Table Games.

“Mereka juga menjalankan aktiviti promosi dan komunikasi urus niaga melalui aplikasi WhatsApp, WeChat dan Telegram untuk pasaran di negara ini,” ujarnya.

Zaid berkata, kesemua tahanan akan direman hingga 15 April bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a),(c),(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan perjudian online dan lain-lain aktiviti seumpamanya untuk melaporkan dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran,” katanya.- Getaran, 13 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'