web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Myanmar Mati Ditikam, Polis Berkas 3 Suspek

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 8:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki warganegara Myanmar di Seksyen 25 dekat sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kesemua mereka adalah rakan kepada mangsa dan ditahan di sekitar lokasi kejadian.

Menurut beliau, mayat mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an ditemui kira-kira jam 6,30 petang dengan kesan tikaman pada bahagian perut.

“Pemeriksaan di lokasi menjumpai dua bilah pisau iaitu berhampiran mangsa serta berdekatan longgokan sampah di lorong berhampiran.

“Susulan kejadian, polis memberkas tiga rakyat Myanmar berusia antara 20 hingga 40 tahun yang dipercayai memiliki kaitan dengan pembunuhan itu,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui saksi yang tinggal berdekatan sebelum dia bertindak melaporkan perkara itu kepada polis.

“Polis masih merakam percakapan beberapa saksi lain dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif serta menjejak baki suspek.

“Kesemua  suspek kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Afandi di talian 03-55202222. - Getaran, 13 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka