web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Tiket Mahal Ke Sabah, Sarawak, Cukup-Cukuplah Hisap Darah Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Apr 2022 11:19AM

Bung Moktar Radin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meluahkan rasa terkejut dengan harga tiket penerbangan yang didakwa terlalu mahal untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook, Bung Moktar menganggap harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah yang mencecah RM3,600 adalah tidak masuk akal.

Beliau menyifatkan perbuatan syarikat penerbangan terbabit tidak ubah seperti ‘menghisap darah’ rakyat, khususnya ketika musim perayaan, seperti Aidilfitri yang bakal menjelang awal bulan depan.

“Bayangkan tiket ekonomi sahaja untuk satu hala ada yang mencecah RM2,800 dan ada juga harga sehingga RM3,600 untuk sekali perjalanan sahaja.

“Masyarakat dari Sabah mengadu dan mengeluh dengan fenomena sebegini, cukup-cukuplah ‘hisap darah’ rakyat, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Syarikat penerbangan jangan sesekali mengisap darah penumpang,” katanya.

Menurut Bung Moktar, ramai rakyat Sabah di Semenanjung yang mahu balik ke Sabah, terpaksa membatalkan hasrat itu akibat tidak mampu membeli tiket penerbangan kerana terlalu mahal.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa terdapat syarikat penerbangan yang meletakan syarat semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin layan diri disediakan.

Manakala sekiranya mereka mendaftar masuk melalui kanter, bayaran RM100 akan dikenakan.

“Perkara sebegini tidak adil buat rakyat yang kurang faham dengan teknologi terkini.

“Syarikat penerbangan kena faham, di Sabah masih ramai yang tidak memiliki telefon pintar dan pakcik makcik dari kampung masih tidak faham mendaftar masuk melalui mesin disediakan,” tegasnya.

Justeru itu, beliau meminta supaya Kementerian Pengangkutan memberi perhatian segera dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu harga tiket penerbangan berkenaan.

Terdahulu semalam, Getaran melaporkan syarikat penerbangan komersial tempatan yang menyediakan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching, Sarawak menawarkan tiket antara RM500 dan ke atas untuk penerbangan pergi balik semasa hari perayaan.

Jika di luar musim perayaan, tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah atau Sarawak boleh didapati dengan harga sekitar RM200 hingga RM300 sahaja.

Namun, pada musim Aidilfitri kali ini, nilainya melonjak antara RM500 sehingga RM1,900 untuk dua hala. - Getaran, 14 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini