web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Saranan Pastikan Proses RUU Anti Lompat Parti Telus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 9:07PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Komuniti Perintis Untuk Parlimen Profesional menyenaraikan tujuh saranan konstruktif kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK), bagi memastikan proses pembentukan perundangan berkaitan isu lompat parti mampu berjalan dengan penuh demokratik dan telus.

Saranan dikemukakan menerusi surat terbuka itu meminta JKPK mempertimbangkan supaya musyawarah jawatankuasa itu diperkembangkan untuk merangkumi segala isu yang berkaitan dengan isu lompat parti.

“Ia termasuk pindaan terhadap Akta Pertubuhan 1966, pengkanunan peruntukan pembangunan kawasan (CDF), lantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pendanaan politik, kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pemisahan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Rakyat Malaysia umumnya inginkan semua isu di atas yang menggalakkan gejala lompat parti dipertimbangkan untuk dicari jalan penyelesaiannya, namun jika ruang lingkup perbincangan yang terlalu sempit, hanya akan menghampakan orang ramai dan menjejaskan keyakinan mereka terhadap iltizam kerajaan dalam isu ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut pihak terbabit, saranan kedua adalah menuntut JKPK menjemput secara terbuka semua pemegang taruh untuk memberi cadangan secara bertulis, sebelum memilih dalam kalangan mereka untuk membentangkan pandangan secara terperinci di hadapan jawatankuasa itu.

Katanya, saranan seterusnya adalah JKPK akan menggunakan budi bicaranya memuatnaik segala cadangan bertulis oleh orang awam di laman sesawang Parlimen Malaysia dan menyiarkannya secara langsung dan terbuka di laman sesawang Parlimen Malaysia, kecuali mereka memilih untuk tidak diumumkan cadangan atau libat urus bersama.

“Pihak kami turut menyarankan agar JKPK menyiarkan setiap perbincangan serta keputusan kepada orang awam secara mingguan dan berperingkat, terutama mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parlimen yang terkini supaya rakyat sentiasa mengikut perkembagan.

“Dalam kata lain, JKPK boleh menyelesaikan isu demi isu ke arah syor terakhir, tanpa membuat pusingan U yang tidak dijangka,” ujarnya.

Manakala saranan kelima, katanya, syor JKPK akan dibentangkan di Parlimen dan sebarang pindaan dan keputusan lain dibuat hanya dalam Mesyuarat Dewan Parlimen, bukannya mesyuarat Kabinet.

“Semua Ahli Parlimen diberikan hak untuk mengundi secara bebas dan tidak dikongkong arahan parti. Ia akan memberi ruang kepada Ahli Parlimen membuat keputusan secara bebas tanpa mengakibatkan kuasa veto secara hakiki oleh segelintir Ahli Parlimen untuk mengagalkan RUU terbabit, sekali gus mengagalkan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan blok utama pembangkang.

“Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri selaku Ketua Majlis harus menetapkan suatu tarikh bagi sebuah Sidang Khas kedua berkaitan pindaan perundangan ini dalam masa terdekat seperti dijanjikan,” katanya.

Pihak berkenaan memaklumkan, saranan seterusnya adalah JKPK akan mengesyorkan agar sama ada tempoh perjalanan JKPK ini wajar dilanjutkan atau JKPK baharu ditubuhkan untuk meneliti dan mengemukakan syor untuk isu lain yang menyumbang kepada aktiviti lompat parti

“Jika perlu, JKPK ini atau JKPK baharu harus berfungsi sehingga akhir penggal Parlimen kali ini, sepertimana semangat digambarkan dalam MoU,” katanya.

Jelasnya, saranan terakhir adalah mencadangkan supaya JKPK melantik beberapa orang penasihat daripada CSO dan akademia yang mahir serta pakar berkaitan isu sedang diteliti JKPK.

“Kami mencadangkan dua individu yang dikenali dengan kepakaran dalam bidang berkenaan, seperti Saintis Politik Sunway University, Prof Wong Chin Huat serta Pakar Demokrasi Berparlimen dan Felo Penyelidik Jeffrey Cheah Institute, Sunway University, Maha Balakrishnan.

“Kami berharap pihak JKPK dapat memberikan perhatian, sekali gus mengambil tindakan sewajarnya terhadap setiap saranan di atas,” katanya. – Getaran, 14 April 2022
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang