web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tarikh, Barangan SHMMP Sempena Aidilfitri Diumum Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 2:39PM

Alexander Nanta bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun SSM Ke-20 di Menara SSM. - Gambar oleh Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumkan tarikh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dan senarai barangan ditetapkan dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tarikh permulaan skim itu akan diumumkan setelah perbincangan diadakan dengan pihak kementerian terbabit.

“Sudah tentu menjelang setiap perayaan, KPDNHEP akan mengumumkan SHMMP, walaupun buat masa kini, pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum bagi Ayam dan Telur sejak 5 Februari masih berkuat kuasa.

“Tarikh permulaan itu, kami belum dapat lagi, tetapi pihak kami akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat untuk menentukan tarikhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Majlis Sambutan Ulang Tahun SSM Ke-20 di Kuala Lumpur Sentral di sini, hari ini.

Menurut Alexander, KPDNHEP juga akan membuat penelitian terperinci mengenai senarai barangan kawalan menerusi skim tersebut.

Katanya, keputusan itu tidak boleh dibuat sesuka hati kerana kerajaan mahu melindungi pengguna dan pada masa sama, tidak menekan pembekal serta peniaga.

“Seperti biasa, akan ada sayur-sayuran, ikan serta daging dalam senarai SHMMP, tetapi barangan lain kita akan membuat kajian dahulu.

“Kita tak bolehlah hanya bantu satu pihak tetapi jejaskan yang lain. Jadi bagi senarai barangan lain, kita harus juga tengok permintaan tinggi daripada pengguna,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alexander menegaskan, mana-mana pihak termasuk pemborong, penternak dan penjual yang menaikkan harga melebihi harga maksimum SHMMP akan dikenakan tindakan.

“Pihak KPDNHEP akan melakukan siasatan terhadap mana-mana pihak, termasuk pemborong, penternak dan juga penjual jika pihak kementerian terima aduan daripada pengguna mengenai kenaikan harga barangan keperluan.

“Jika mereka disabit bersalah, akan dikompaun mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011,” katanya. - Getaran, 15 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

8 Barang Disenarai Di Bawah Skim Harga Maksimum Sempena Deepavali

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Pembukaan Lebuhraya SPE: Tol Percuma Selama Sebulan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak Botol Kekal Hingga 7 Januari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak 5kg Turun Kepada RM30.90 Bermula Selasa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global