web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Tiket Bas Aidilfitri Mahal, KPDNHEP-MOT Runding Penyelesaian

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 3:00PM

Alexander Nanta melihat laman web pendaftaran atas talian SSM pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun SSM Ke-20 di Menara SSM. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam masa terdekat, berhubung isu kenaikan harga tiket bas sempena musim perayaan.

Menurut menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, rundingan tersebut juga bakal diadakan bagi membincangkan peranan boleh dilaksanakan KPDNHEP berhubung isu berkenaan.

“Kami di KPDNHEP menjaga tetapi harga tiket bas ini pelbagai ya dan ia dikawal selia mana-mana agensi dan kementerian lain.

“Berkaitan harga tiket bas, biasanya bersama Kementerian Pengangkutan.

“Tetapi penguatkuasaan kittiket a boleh membantu dan lazimnya, lebih elok Kementerian Pengangkutan membuat penjelasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Majlis Sambutan Ulang Tahun SSM Ke-20 di Kuala Lumpur Sentral di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid; Ketua Setiausaha KPDNHEP, Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz.

Alexander berkata, rundingan berkenaan akan dijalankan dalam masa terdekat sesuai dengan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang kira-kita dua minggu lagi.

Terdahulu, media melaporkan harga tiket bas ekspres menjelang sambutan Aidilfitri naik antara 10 hingga 20 peratus.

Kenaikan tersebut berkuat kuasa sepanjang tempoh sah laku Lesen Perubahan Sementara (LPS) yang bermula 29 April hingga 8 Mei ini. - Getaran, 15 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Laluan Seksyen 6 WCE Dibuka Tengah Malam Ini, Pengecualian Tol Hingga 2 Januari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

1,577 Cerun Berisiko Tinggi Dikenal Pasti Di Seluruh Negara - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad