web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


OKT Mati Di Lokap, Tiada Kecederaan Dikesan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 4:20PM

Datuk Seri Azri Ahmad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang kecederaan dikesan terhadap orang kena tahan (OKT) yang dilaporkan meninggal dunia di lokap Balai Polis Kajang, kelmarin.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, perkara itu disahkan hasil bedah siasat dijalankan Hospital Kajang, semalam.

Katanya, bagaimanapun siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengetahui punca kematian lelaki berusia 45 tahun itu yang meninggal dunia pada jam 10.32 pagi.

“Punca kematian masih belum dapat dikenal pasti, namun sampel sudah diambil bagi tujuan ujian makmal dan analisa untuk siasatan lanjut berhubung punca kematian.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut membuat ujian pengesanan COVID-19 terhadap OKT terbabit dan keputusannya negatif.

Tambahnya, kes itu diklasifikasikan sebagai ‘mati mengejut’, manakala siasatan bagi mengetahui punca kematian diteruskan dan penemuan akan diserahkan kepada koroner.

Semalam, Getaran melaporkan, pihak polis mengesahkan seorang lelaki warga tempatan ditemui meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di lokap.

Lelaki itu dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Dia ditumpangkan di lokap berkenaan kerana tiada penjamin, sementara dihantar ke Penjara Satelit Beranang untuk tahanan reman.

Terdahulu, anggota bertugas lokap dimaklumkan OKT itu disyaki mengalami sawan, sebelum pihak terbabit menghubungi pihak hospital.

Kakitangan hospital hadir pada jam 10.45 pagi bagi membuat pemeriksaan dan membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Penolong Pegawai Perubatan kemudian mengesahkan OKT terbabit meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan punca kematian masih belum diketahui. - Getaran, 15 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang