web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MAVCOM, Syarikat Penerbangan Digesa Siasat Kenaikan Harga Tambang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 8:20PM

Wee Ka Siong - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat penerbangan digesa menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh mengenai isu kenaikan harga tambang pengangkutan udara itu pada musim perayaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, ia susulan aduan beberapa pihak berhubung kenaikan harga tambang penerbangan antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

“Saya mendengar dan memahami keluhan orang ramai, terutama pengguna pengangkutan udara mengenai peningkatan harga tambang penerbangan antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak seperti dilaporkan media.

“Justeru, petang semalam,  satu mesyuarat khas melibatkan pihak Kementerian Pengangkutan (MOT), MAVCOM, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat penerbangan domestik diadakan bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani masalah serta keluhan rakyat,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, berdasarkan pemantauan MAVCOM, harga tambang penerbangan pada 30 April ini meningkat berbanding pada tahun 2019.

Jelasnya, peningkatan itu disebabkan kenaikan kos operasi, terutama harga bahan api jet dan sumber terhad bagi syarikat penerbangan menambah kapasiti sepenuhnya.

Ka Siong berkata, mekanisme penetapan harga dinamik juga menggunakan Kecerdasan Buatan dalam proses menentukan harga tambang, bukan secara manual untuk menaikkan harga seperti didakwa.

“Namun, saya akan menyiasat kesahihan aduan yang dilaporkan ini,” ujarnya.

Pada masa sama, Ka Siong berkata, syarikat penerbangan menghadapi masalah untuk menambah kapasiti perjalanan dengan segera akibat pandemik COVID-19.

Beliau memaklumkan, pesawat perlu melalui proses penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih sebelum diluluskan bagi tujuan perkhidmatan dengan selamat.

“Kita sedia maklum, syarikat penerbangan terpaksa menyimpan pesawat mereka ketika negara menguatkuasakan sekatan pergerakan.

“Setelah negara memasuki fasa peralihan endemik dan permintaan meningkat daripada pengguna, syarikat penerbangan memerlukan lebih banyak masa serta alat gantian untuk kesiapsiagaan pengoperasian semula,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penetapan tambang penerbangan domestik oleh syarikat penerbangan negara adalah berdasarkan kepada rasionalisasi sektor perkhidmatan udara domestik pada tahun 2006.

Katanya, ia diputuskan Jemaah Menteri pada ketika itu bahawa syarikat penerbangan negara yang menyediakan perkhidmatan udara domestik, diberikan kebebasan dalam menentukan liputan rangkaian, kekerapan penerbangan dan kadar tambang ditawarkan berdasarkan permintaan pasaran.

Ujarnya, ia selaras dengan amalan sebahagian besar negara lain yang tidak mengawal harga tambang penerbangan bagi laluan antarabangsa atau domestik. - Getaran, 15 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aidilfitri: Panjangkan Tempoh Harga Maksimum Tiket Penerbangan - Persatuan Pengguna Sabah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Tawar Kuota Internet Tambahan Percuma Sempena Aidilfitri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Loke Gagal Jawab Beberapa Soalan, Ini Mengecewakan - Ka Siong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global