web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Kecam Tindakan Israel Serang Masjid Al-Aqsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 1:46PM

Penunjuk perasaan Palestin bertempur dengan polis Israel di perkarangan masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam sekerasnya tindakan biadap tentera rejim Israel menyerang penganut Islam Palestin, termasuk anggota perubatan dan wartawan di Masjid Al-Aqsa semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, serangan itu disifatkan keji dan tidak berperikemanusiaan, malah amat dikesali.

Apa yang menyedihkan, jelasnya, tindakan zalim terbabit tidak sepatutnya berlaku ketika umat Islam sedang melaksanakan ibadah puasa pada Ramadan.

“Perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan tersebut amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat yang mulia dan ketika umat Islam Palestin sedang berpuasa serta menunaikan ibadah ketika Ramadhan.

“Tentera rejim Israel yang turut menyasarkan wanita dalam serangan tersebut adalah satu tindakan kejam dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Lantaran itu, Saifuddin menegaskan Malaysia akan terus konsisten dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat Palestin.

Terdahulu, pasukan keselamatan Israel menyerang ratusan penduduk Palestin yang sedang menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa, menyebabkan puluhan mangsa cedera, lapor portal berita MailOnline.

Menurut dakwaan Israel, puluhan lelaki bertopeng berarak ke perkarangan masjid berkenaan sebelum Subuh dengan membawa bendera Palestin dan Hamas, sambil melaungkan slogan anti-Zionis serta menyalakan bunga api.

Tentera Israel bertindak balas dengan memasuki perkarangan masjid di mana ribuan umat Islam berkumpul untuk menunaikan solat pada Ramadan.

Penunjuk perasaan Palestin kemudian membaling batu dan bunga api ke arah pasukan keselamatan Israel.

Tentera Israel terus membalas serangan dengan membedil peluru getah dan gas pemedih mata ke kawasan perkarangan masjid, mengakibatkan 67 rakyat Palestin dan tiga anggota polis Israel cedera.

Kejadian itu berlaku pada Ramadan yang dikatakan bertindih dengan perayaan Paskah Yahudi.

Perkhidmatan kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan, pihaknya memindahkan 67 penduduk yang cedera akibat terkena tembakan peluru getah, bom gegaran (flashbang) atau dipukul dengan belantan ke hospital.

Menteri keselamatan Israel, Omer Barlev yang menyelia pasukan polis dilaporkan memaklumkan, pasukan keselamatan Rejim Zionis tidak berniat untuk melakukan keganasan di tapak suci itu, tetapi terpaksa menangani unsur keganasan.

Beliau berkata, Israel komited memberi kebebasan beribadah kepada orang Yahudi dan Islam. - Getaran, 16 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 16 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka