web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak OKU Perlu Dibela Seadilnya Tanpa Mengira Latar Belakang Pelaku

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 9:08PM

Datuk Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes penderaan kanak-kanak, termasuk orang kurang upaya (OKU) perlu mendapat pembelaan sewajarnya tanpa mengira status dan kedudukan pelaku, walaupun sekiranya individu terbabit mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kes penderaan yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa, apatah golongan OKU wajib dipandang serius dan diberi perhatian oleh masyarakat.

Menurut beliau, semua pihak perlu memastikan ada pembelaan undang-undang yang dilaksanakan dengan kadar segera.

“Sebagai seorang yang pernah menubuhkan dan menjalankan pusat autisme untuk anak-anak istimewa, sudah pasti saya amat terkesan apabila membaca laporan yang berkaitan kes (perbicaraan penderaan Bella) ini.

“Semasa saya memulakan dan seterusnya mengetuai operasi rumah kebajikan anak-anak autisme tersebut, keselamatan dan kebajikan anak-anak di bawah jagaan kami adalah perkara paling penting setiap hari dan setiap masa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Wan Saiful berpandangan, kerajaan perlu segera mencari mekanisma terbaik bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang pada masa depan.

“Peraturan sedia ada mesti dikuatkuasakan. Apa yang paling penting, kebenaran menjalankan rumah kebajikan dan perlindungan itu harus diteliti semula.

“Kebenaran itu mestilah diberi hanya kepada mereka yang benar-benar mempunyai komitmen untuk menjamin nasib anak-anak dalam jagaan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu berkata, kerajaan harus tegas memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dan hak mereka tidak sesekali dikompromi.

Beliau menegaskan, pembelaan perlu dilakukan secara adil dan tidak hanya kerana orang kena tuduh (OKT) mempunyai kedudukan dan mampu mengupah pasukan peguam ‘mewah’, kekejaman mereka tidak dihukum.

“Pembelaan mesti diberikan kepada anak ini, tanpa mengira kedudukan, status atau kaitan politik mereka yang dituduh.

“Kita yakin pesalah tidak akan terlepas dari hukuman mahkamah yang setimpal. Apatah lagi di mahkamah akhirat,” katanya.

Terdahulu, berdasarkan keterangan saksi ketika perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, didakwa melakukan penderaan kepada remaja sindrom down, Bella setiap hari selama hampir empat bulan.

Menurut saksi, kejadian tertarik langsir sehingga besi penggantung langsir tercabut menjadi punca Siti Bainun berang dan bertindak memukul serta memarahi Bella.

Remaja berkenaan yang dikatakan ketiadaan ibu dan bapa sejak ditemui, dijadikan anak angkat di Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan di Wangsa Maju, diasaskan Siti Bainun.

Siti Bainun sebelum itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta kesan emosi. - Getaran, 17 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Kerajaan Kemuka Usul Rujuk Wan Saiful Ke Jawatankuasa Parlimen Isnin Ini

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

3

Politik 6 bulan yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kes Pengubahan Wang Haram, Rasuah Wan Saiful Dibicarakan Bersama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 18 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad