web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Kesan 2 Suspek Larikan Diri Dari Pemeriksaan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 2:12PM

Beh Eng Lai - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang individu ditahan manakala dua rakannya sempat meloloskan diri daripada polis dalam satu insiden di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kepong (MRR2 Kepong), semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Beh Eng Lai berkata, mereka dipercayai melarikan diri dari pemeriksaan polis di lokasi kejadian pada jam 5.14 petang.

"Siasatan awal mendapati kereta peronda polis (MPV) yang membuat rondaan di kawasan MRR2, Jalan Kepong, terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna hitam.

"Hasil semakan sistem polis mendapati nombor pendaftaran kereta yang digunakan tidak sama dengan jenis kereta dipandu," katanya.

Menurut beliau, pemandu kenderaan terbabit secara memecut laju dengan cara berbahaya ke arah Kepong ketika  dihampiri polis.

“Keadaan jalan raya yang sibuk ketika kejadian menyebabkan pemandu tersebut melanggar beberapa kenderaan lain dan penunggang bagi mengelak ditahan polis.

"Namun, seorang daripada suspek berjaya diberkas setelah kereta dipandu terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di kawasan Metro Perdana, Jalan Kepong manakala dua lagi berjaya melarikan diri," ujarnya.

Eng Lai memberitahu, semakan rekod jenayah lampau mendapati, suspek yang berusia 25 tahun itu mempunyai rekod lampau melibatkan penyalahgunaan dadah.

Tambah beliau,  usaha mengesan dua lagi suspek sedang dijalankan manakala suspek yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul bagi membantu siasatan.

“Semakan mendapati Proton Satria terbabit dilaporkan hilang di Taman Melawati pada 9 April lalu.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas,” katanya. - Getaran, 19  April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka