web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Buru Penjenayah Mabuk Samun Kedai Serbaneka

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 3:07PM

Tangkap layar dari video di media sosial mengenai kejadian samun di Taman Sentosa, Klang, Ahad lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Polis sedang memburu seorang individu yang dipercayai terlibat dalam kes samun di sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Cha Hoong Fong berkata, kejadian pada jam 12.08 tengah hari itu berlaku apabila seorang pekerja kedai berkenaan diugut penjenayah mabuk yang melakukan samun.

Menurutnya, mangsa, seorang remaja perempuan dipercayai sedang bekerja seorang diri di kaunter premis berkenaan.

"Lelaki itu datang dalam keadaan mabuk dan meminta wang dengan alasan dirinya dirompak, sebelum mengacukan senjata berupa gergaji kecil kepada mangsa.

"Mangsa yang takut diapa-apakan telah membuka laci simpanan duit sebelum suspek mengambilnya dan melarikan diri. Kerugian dianggarkan berjumlah RM235.15," katanya hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, suspek disyaki berada dalam keadaan mabuk, susulan bau arak yang kuat pada dirinya.

"Usaha memburu suspek warga tempatan itu sedang giat dijalankan. Dia mempunyai susuk tubuh tinggi dan sedikit berisi, berbaju kemeja putih, berseluar slack panjang berwarna hitam serta berkasut putih.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi pihak polis," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. - Getaran, 19 April 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka