web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Bella, OCC Sudah Ambil Tindakan Segera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 1:46PM

Prof Datuk Noor Aziah telah mengarahkan tindakan segera diambil dan pada 16 Julai tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sudah mengambil tindakan sejak tahun lalu, sebaik dimaklumkan mengenai kes penderaan remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.

Jurucakap OCC memaklumkan, susulan usaha itu, pihaknya terkilan dengan dakwaan dipaparkan menerusi sebuah artikel yang membuat laporan palsu berhubung komitmennya mengenai kes penderaan remaja orang kurang upaya di sebuah rumah kebajikan.

“OCC menyifatkan penulisan seorang pengamal undang-undang dalam artikel tersebut dilihat berniat memfitnah pihaknya dalam menjalankan tugas dan fungsinya.

“Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal mengarahkan tindakan segera diambil dan pada 16 Julai tahun lalu, OCC mengeluarkan kenyataan media menggesa supaya semua langkah diambil bagi memastikan suspek didakwa dengan segera.

“Pihak OCC turut mengambil inisiatif sendiri menyiasat kes walaupun tidak ada aduan dilaporkan kepada OCC, malah menghubungi polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak terkait kes ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut OCC, pada 12 Ogos 2021, pihaknya menerima surat daripada Persatuan Sindrom Down Malaysia yang memohon SUHAKAM memastikan pendakwaan dapat dilakukan semula ke atas suspek dengan segera.

Susulan itu, katanya, OCC berhubung dan membuat susulan lanjut dengan Bahagian D11 Bukit Aman mengenai tarikh baru untuk suspek didakwa semula di mahkamah.

“Pada 1 Oktober 2021, OCC memohon kepada Bahagian Kanak-kanak JKM untuk membuat lawatan pemantauan ke Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, pusat di mana adik Bella ditempatkan, tetapi lawatan tidak dibenarkan kerana kebimbangan penularan COVID-19 kepada kanak-kanak di institusi.

“Oleh itu, dari Januari 2022 sehingga hari ini, OCC menghantar peguam pemerhati kami untuk memantau perjalanan kes di mahkamah kerana membabitkan hak kanak-kanak dan kepentingan awam serta dibenarkan mahkamah,” ujarnya.

Kenyataan sama memaklumkan, selaras peruntukan Seksyen 12 Akta SUHAKAM 1999 (Akta 597), sebaik pertuduhan dibuat, pihaknya tidak boleh campur tangan dan mengganggu proses keadilan yang berjalan.

Jelasnya, sebagai institusi hak asasi manusia di Malaysia, OCC menghormati keluhuran undang-undang dan institusi mahkamah.

Malah, pihaknya percaya hakim yang bijaksana dan berwibawa akan mendengar hujah pendakwa raya serta peguam bela dan keadilan akan dicapai.

“OCC mengambil serius kes Bella dan melakukan sebaik mungkin dalam keadaan itu.

“Oleh itu, OCC berharap penulis tidak membuat dakwaan palsu, sebaliknya mendidik masyarakat untuk menghormati proses mahkamah,” katanya. - Getaran, 20 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Tulang Dijumpai Di Tongkang Pechah Milik Bella - Polis

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Sebar Gambar Kanak-Kanak, Kakak Bella Direman Sehari

3

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Sebak Dengar Tangisan Anak, Keluarga Bella

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Teman Lelaki Didakwa Bunuh Bella

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini