web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Enggan Hadiri Mesyuarat, Kementerian Pendidikan Tidak Profesional - Maszlee

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 5:05PM

Maszlee Malik - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dianggap tidak profesional apabila enggan memberi kerjasama dan menjelaskan isu soalan berulang yang berlaku ke atas kertas soalan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen, Dr Maszlee Malik berkata, perilaku tidak profesional itu jelas terbukti apabila wakil KPM tidak hadir ke mesyuarat hari ini.

Menurut beliau, pihaknya melalui Setiausaha Dewan Rakyat sudah memanggil Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, atau wakil KPM ke mesyuarat berkenaan.

“Mesyuarat tersebut, bertujuan meminta Mohd Radzi atau wakil KPM menjelaskan mengenai isu soalan berulang bagi sesi satu dan dua Kertas Ujian Mendengar SPM yang menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat, terutama ibu bapa, calon peperiksaan dan guru.

“Pihak kami turut menerima banyak aduan berhubung perkara berkenaan, justeru memutuskan untuk membawanya ke sesi mesyuarat hari ini,” katanya hari ini.

Maszlee berkata, surat panggilan ke mesyuarat itu dikeluarkan oleh Dewan Rakyat.

“Malangnya selepas surat panggil mesyuarat dikeluarkan oleh Dewan Rakyat, pihak kementerian melalui wakil mereka telah menolak untuk hadir.

“Mewakili Jawatankuasa, saya melahirkan rasa kesal atas keengganan KPM memberi kerjasama untuk menjelaskan isu itu yang membabitkan kepentingan awam dan masa depan pendidikan negara,” katanya.

Tambah beliau, alasan diberikan Menteri Kanan yang mengepalai KPM amat tidak wajar, malah telah merendahkan kedudukan Parlimen serta tidak menghormati suara rakyat yang mahukan penjelasan.

Mengulas lanjut, Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata, penolakan KPM itu amat mendukacitakan, sekali gus menimbulkan tanggapan dalam kalangan masyarakat bahawa ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh kementerian.

“Ia juga menimbulkan persepsi bahawa KPM takut untuk berhadapan dengan pihak Parlimen dan tidak profesional dalam menjalankan amanah,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memohon maaf kepada ibu bapa, calon SPM 2021 dan guru atas perkara berkenaan.

“Kami telah melakukan yang terbaik untuk mewakili suara rakyat. Namun malang sekali, KPM tidak menghormati suara rakyat dan kemuliaan Parlimen,” ujarnya.

KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada 8 April lalu didesak agar menjawab semua tuduhan yang dilemparkan berhubung penggunaan berulang set soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 ketika sesi kedua peperiksaan. - Getaran, 20 April 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

3

Pendidikan 8 bulan yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

4

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Pastikan Tidak Lenyap, Usaha Kamuskan Bahasa Mendriq Sudah Bermula 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global