web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketiadaan Ali Hamsa Kehilangan Besar Buat Negara - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 12:42PM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mantan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang meninggal dunia pagi ini.

Beliau berkata, pemergian Allahyarham kehilangan besar buat negara, memandangkannya adalah seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani dan dihormati ketika dalam tugas.

“Mendapat perkhabaran sedih mengenai pemergian Tan Sri Dr Ali Hamsa, bekas Ketua Setiausaha Negara ke-13 yang kembali ke rahmatullah pagi ini, 21 April 2022 bersamaan 19 Ramadan 1443H.

“Mewakili Keluarga Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ismail Sabri berkata, Allahyarham menabur jasa serta bakti sepanjang perkhidmatannya.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, Ali, 66, disahkan meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland.

Mengimbau sejarah perjalanan kariernya, Ali dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-13 pada 24 Jun 2012 sebelum bersara pada 28 Ogos 2018.

Beliau menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1981, termasuk di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Pengangkutan; Unit Perancang Ekonomi; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri. - Getaran, 21 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 1 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 1 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad