web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jelajah Op Selamat Beri Advokasi Pentingnya Peraturan, Pemanduan Berhemah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 12:30PM

Mat Kasim (kanan) beramah mesra dengan pengunjung selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jelajah Op Selamat ke-18 Sempena Aidilfitri dan GTSP di Stesen PETRONAS Solaris Putra di Seri Kembangan hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI KEMBANGAN - Demi terus mendidik masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) melaksanakan Jelajah Ops Selamat bermula hari ini di 47 stesen minyaknya di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mat Kasim Karim berkata, program dikenali sebagai Go To Safety Point (GTSP) itu dilaksanakan sehingga lusa dengan melibatkan kira-kira 200 anggota polis.

Menurut beliau, inisiatif itu turut diadakan sebagai advokasi sambil menyantuni masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan, demi menjaga keselamatan diri dan keluarga di jalan raya.

“Turut didedahkan peranan GTSP kepada orang ramai sekiranya berlaku situasi kecemasan dan tindakan awal, sebelum bantuan tiba memandangkan ramai akan bergerak pulang ke kampung halaman sempena cuti Aidilfitri.

“Kita amat mengalu-alukan agensi kerajaan dan rakan strategi kami yang lain untuk bersama kerana keselamatan perjalanan bukan tanggungjawab hakiki polis trafik, namun kerjasama semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Jelajah Op Selamat ke-18 Sempena Hari Raya Aidilfitri dan GTSP di Stesen PETRONAS Solaris Putra di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Keselamatan Kumpulan PETRONAS, Datuk Seri Zulkifli Abdullah dan Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan Op Selamat yang bakal menyusul sebaik jelajah terbabit, Mat Kasim berkata, usaha tersebut dilancarkan pada 26 April ini dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Op Selamat akan berkuat kuasa dari 29 April sehingga 8 Mei depan bagi memantau perkembangan semua jalan utama sempena Aidilfitri.

Katanya, PDRM turut mendapat kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang akan memastikan aspek keselamatan harta benda dan premis kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat serta terjamin.

“Dengan pelaksanaan program ini, kita juga dapat mendidik pengguna jalan raya untuk lebih berhemah dan cakna mengenai aspek keselamatan agar risiko kemalangan dapat dielakkan.

“Dengan itu, mesej disampaikan mampu memberi kesan positif jangka panjang yang lebih baik dalam memenuhi jangkaan masyarakat ketika ini. Kita harap usaha ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Khalil berkata, GSTP diwujudkan bagi memberikan bantuan segera kepada individu yang memerlukan bantuan, sekiranya berlaku jenayah ketika berada di stesen minyak PETRONAS.

Jelasnya, semua kakitangan PETRONAS yang terbabit dengan program GTSP juga diberi latihan secukupnya bagi mengendalikan orang awam jika berlaku kecemasan.

“Selain itu, kita juga dapat menghubungi secara terus talian balai polis, balai bomba dan hospital yang terdekat agar bantuan segera dapat diberikan.

“Kita juga ada perancangan untuk melaksanakan program ini di lebih banyak stesen minyak PETRONAS.

“Ketika ini kita sedang melatih semua kakitangan baharu bagi memastikan syarikat kami menjadi lebih baik dari segi menjaga keselamatan pengguna,” katanya. - Getaran, 22 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang