web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tidak ‘Beri Muka’ Individu Langgar Op Selamat 18

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 3:08PM

Mat Kasim (tengah) melancarkan Jelajah Op Selamat ke-18 Sempena Aidilfitri dan GTSP di Stesen PETRONAS Solaris Putra di Seri Kembangan hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun Op Selamat 17 dilancarkan pada Februari lalu menunjukan penurunan kes kemalangan, jumlah kesalahan dilakukan pengguna jalan raya masih mencatatkan peningkatan membimbangkan.

Perkara ini dibuktikan apabila sebanyak 308,726 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan ketika program itu, berbanding 271,168 saman pada Op Selamat 16 dilaksanakan Januari lalu.

Lantaran itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mat Kasim Karim menegaskan, tiada lagi kompromi akan diberikan kepada pengguna jalan raya atas kesalahan lalu lintas sepanjang Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang bermula 29 April hingga 8 Mei depan.

Jelasnya, apa yang mengecewakan adalah apabila masih terdapat masyarakat melakukan kesalahan jalan raya walaupun pelbagai kempen dan advokasi dilaksanakan pihak polis.

“Op Selamat pada Tahun Baharu Cina (Op 17) yang kita adakan buat pertama kali pada Februari lalu selepas dua tahun kita menghadapi pandemik, masih menunjukkan ramai pengguna ingkar peraturan.

“Jadi, saya nasihatkan orang ramai agar berhati-hati jangan melanggar peraturan, khususnya kesalahan utama kerana selepas ini tiada lagi kompromi,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, memandu di lorong kecemasan dan penggunaan telefon bimbit sewaktu pemanduan antara lima kesalahan lalulintas utama yang tidak dibenarkan dikompaun sepanjang Operasi Bersepadu bersempena sambutan Aidilfitri

Sebaliknya, beliau menjelaskan, kesalahan tersebut perlu diselesaikan di mahkamah.

Menurutnya, kesalahan lain yang akan dibawa ke mahkamah adalah gagal mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju dan memotong barisan.

Pada masa sama, Ka Siong berkata, pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya akan turut dijalankan.

Jelasnya, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan turut mewartakan penurunan had laju 10 kilometer per jam (km/j) bagi jalan Persekutuan dan jalan negeri, menyaksikan kadar kelajuan di jalan Persekutuan ditetapkan 80 km/j serta jalan negeri (70 km/j) bagi tempoh sama.

Mat Kasim menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan.

Katanya, aspek pemanduan berhemah dan pematuhan peraturan itu perlu dipandang serius semua pihak bagi mengurangkan kes kemalangan, terutama yang melibatkan kecederaan serta kematian.

“Kita bukan suka-suka nak kenakan tindakan sebegini terhadap orang ramai, namun tetap kita lakukannya agar menjadi pengajaran kepada masyarakat untuk tidak melakukan kesalahan jalan raya kerana mampu mengancam nyawa.

“Jadi, orang ramai perlu sedar bahawa keterujaan untuk pulang beraya ke kampung halaman perlu diseimbangkan dengan pemanduan berhemah agar risiko kemalangan dapat kita kurang dan elakkan,” katanya. - Getaran, 22 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang