web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPA Diharap Tubuh Jawatankuasa Pantau Pekeliling Kerajaan - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 8:46PM

CUEPACS mahu setiap pekeliling yang sudah diluluskan kerajaan dipantau supaya hak dan kebajikan warga penjawat awam tidak diabaikan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Awam diharap menubuhkan jawatankuasa bagi membolehkan pemantauan dilakukan ke atas pekeliling yang sudah diluluskan kerajaan, sama ada ia dilaksanakan dengan baik atau gagal diikuti sepenuhnya.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, penubuhan jawatankuasa itu juga bagi memberi penekanan kepada pekeliling sudah berkuatkuasa, tetapi masih tidak dilaksanakan atau gagal diaplikasi sepenuhnya sesetengah jabatan.

Katanya, JPA perlu memantau setiap pekeliling sudah diluluskan kerajaan supaya hak dan kebajikan warga penjawat awam tidak diabaikan.

“Penekanan terhadap pemantauan pekeliling yang dikuatkuasakan adalah penting bagi memastikan setiap objektif digarapkan kerajaan untuk penjawat awam, berjaya dilaksanakan dengan berkesan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Adnan berkata, pekeliling dikuatkuasakan kerajaan pastinya sudah menjalani kajian terperinci sebelum ia boleh dilaksanakan.

Jelasnya, jika pekeliling tersebut tidak dilaksanakan dengan berkesan, menjadi kerugian kepada penjawat awam itu sendiri yang boleh mendapat manfaat secara langsung. 

Beliau berkata, pekeliling sedia ada tersebut bukanlah tidak sesuai dilaksanakan atau tidak relevan, tetapi ia disebabkan keengganan sesetengah jabatan melaksanakannya.

“Antara pekeliling sudah dikuatkuasakan dan dilihat tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya ialah tempoh kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan bagi pegawai kumpulan pelaksana.

“Tindakan sesetengah jabatan yang tidak melaksanakan pekeliling ini sudah tentu memberi kesan motivasi kerja kepada penjawat awam,” katanya.

Adnan berkata, keadaan sama dapat dilihat menerusi pekeliling mengenai kebenaran penebusan awal award wang tunai, Gantian Cuti Rehat sebanyak 80 hari yang dilihat masih tidak dilaksanakan, sedangkan pekeliling itu sudah dikuatkuasakan bermula Januari 2022.

“Kelewatan pekeliling ini dilaksanakan seolah-olah manfaat yang patut diterima penjawat awam tidak diberikan keutamaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, kerajaan sudah menggunakan banyak tenaga dan modal kerja bagi membuat kajian kebolehlaksanaan sesuatu pekeliling.

“Menjadi kerugian jika tiada jawatankuasa dalaman untuk mengaudit pelaksanaannya, malah sudah tentu golongan sasaran, iaitu penjawat awam tidak akan menerima manfaat untuk setiap pekeliling dikuatkuasakan,” katanya.

Apapun, katanya, CUEPACS menyambut baik usaha JPA menubuhkan Task Force (Pasukan Petugas) bagi menyemak semula pekeliling lama supaya ia diberi nafas baharu, selain membatalkan terus pekeliling sudah tidak relevan.

“Usaha ini selaras agenda kerajaan yang mahu memastikan perkhidmatan awam kekal berdaya saing dalam memberikan servis kepada rakyat serta pemudahcara kepada sektor ekonomi.

“Perkembangan pesat teknologi dan kemajuan negara ketika ini sudah tentu mengakibatkan banyak pekeliling lama tidak lagi sesuai dipraktikkan atau dilaksanakan berdasarkan perkembangan semasa,” katanya. – Getaran, 22 April 2022
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini