web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Iklan Pakej Taubat RM20 Palsu, Kerajaan Bakal Ambil Tindakan Tegas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Apr 2022 1:05PM

Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengambil tindakan lanjut dengan kadar segera susulan penularan iklan pakej taubat RM20 bagi satu penama di media sosial, baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan iklan itu untuk memaklumkannya kepada beliau.

Menurut beliau, Islam sama sekali tidak pernah menawarkan perkhidmatan sedemikian.

“Mohon maklumkan butiran kepada saya untuk tindakan lanjut. 

"Ternyata perkara seperti ini bukan anjuran dalam Islam,” katanya menerusi hantaran di Twitter miliknya, hari ini. 

Terdahulu, Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Muhammad Rozaimi Ramle turut memberi respon terhadap perkara tersebut dan menegaskan, pakej berkenaan jelas tidak benar. 

Beliau berkata, rukun bagi perbuatan taubat hanya memerlukan orang yang berdosa sahaja untuk melaksanakannya.

"Terkejut saya membaca iklan yang tersebar ini. Ketahuilah bahawa taubat itu memerlukan rukun yang hanya orang berdosa sahaja boleh lakukan.

“Maka saya katakan iklan ini berniaga secara batil tanpa perlu tanya turun tangan dulu atau kaki dulu,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam. 

 

Terkejut saya membaca iklan yang tersebar ini. Ketahuilah bahawa taubat itu memerlukan rukun yang hanya orang berdosa...

Posted by Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith on Thursday, April 21, 2022

Sebelum ini, media pada 2017 juga pernah melaporkan satu isu berhubung perkhidmatan valet doa yang menyediakan khidmat untuk menyampaikan doa ke Tanah Suci pada kadar antara RM500 hingga RM2,500.

Susulan perkara tersebut, beberapa cendekiawan agama seperti Abu Syafiq Al-Asy'ary dan PU Rahmat Ikhsan mula bersuara untuk memberikan pandangan. - Getaran, 23 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global