web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM Tidak Perlu Campur Tangan Siasatan Mohd Nazlan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 3:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali ialah satu perlanggaran prinsip pemisahan kuasa serta serangan daripada badan eksekutif itu terhadap institusi kehakiman.

Ahli Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR), Hassan Abdul Karim berkata, beliau kesal dengan campur tangan dilakukan SPRM kerana mengganggu kebebasan badan kehakiman dalam menjalankan siasatan.

Menurut beliau, di bawah peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, semua hakim yang sedang berkhidmat boleh dilucutkan jawatan sekiranya berlaku salah laku, termasuk rasuah.

“Tetapi ada kaedah khusus, dan tindakan sedemikian boleh dilakukan melalui sebuah Tribunal Bebas yang dibentuk oleh kerajaan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong. Kes Tribunal Bebas berkaitan pemecatan Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara adalah satu contoh.

“SPRM perlu menyedari bahawa Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. SPRM tidak boleh memperlakukan seorang hakim sesuka hati hanya berdasarkan wujudnya satu laporan rasmi polis ke atas hakim tersebut,” katanya hari ini.

Hassan Abdul Karim
Hassan Abdul Karim

Jelasnya, peruntukan Perlembagaan Persekutuan juga jelas meletakkan kaedah bagaimana seorang hakim boleh dibicarakan dan dilucutkan jawatannya.

“Perlu difahami sekarang telah wujud persepsi bahawa tindakan ke atas Mohd Nazlan ada kaitan dengan keputusannya terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International, yang menyaksikan Mohd Nazlan telah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda lebih RM210 juta terhadap Ahi Parlimen Pekan itu.

“Sekiranya tindakan SPRM sekarang iaitu menyiasat hakim dengan sesuka hati berterusan, maka ia akan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan semua hakim untuk melaksanakan peranan serta tugas mereka di mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mengesahkan Hakim Mahkamah Rayuan sedang disiasat berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.

Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka selepas laporan dibuat.

Bagaimanapun, Azam enggan mendedahkan sama ada pegawainya akan mencari dokumen atau akan memanggil individu untuk disoal siasat.

Dalam pada itu, Hassan menegaskan, SPRM seharusnya bersama mempertahankan kebebasan badan kehakiman Malaysia dengan melindungi golongan professional itu dari tindakan sesuka hati badan eksekutif, bagi membolehkan fungsi kehakiman diperkasakan tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, agensi terbabit sewajarnya tidak terlibat dengan usaha balas dendam pihak tertentu terhadap Mohd Nazlan.

“SPRM perlu sedar bahawa terdapat usaha konsisten pihak tertentu yang tindak-tanduk mereka boleh dianggap sebagai serangan terhadap kebebasaan kehakiman, apabila terdapat cubaan dilakukan untuk mencemarkan integriti hakim yang membicarakan kes Najib dengan tujuan keputusan kes SRC International itu dibatalkan dan satu perbicaraan semula diadakan.

“Perlu diingatkan bahawa keputusan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam Kes SRC International yang mensabitkan kesalahan Najib telah disahkan oleh sebuah panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan,” katanya.

Hassan turut memberi peringatan kepada SPRM agar menyegerakan siasatan terhadap Azam berkait isu pembelian saham yang mencurigakan dan menimbulkan kemungkinan berlaku satu kesalahan di bawah Akta SPRM.

“Saya berasa kesal sehingga ke hari ini, tidak ada siasatan dilakukan ke atas Azam. Malah cadangan dari JKMR yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim agar beliau direhatkan dengan bercuti supaya satu siasatan bebas dapat dilakukan langsung tidak dihiraukan oleh SPRM.

“SPRM perlu sedar bahawa tugas JKMR adalah untuk memantau perjalanannya. Malahan, di bawah Seksyen 14 Akta SPRM dinyatakan dengan jelas bahawa JKMR bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri dalam segala hal tentang rasuah di Malaysia ini.

“Maka, atas tanggungjawab inilah saya membuat pernyataan ini untuk menasihati SPRM supaya menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan amanah dan mengikut peruntukan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan,” katanya. - Getaran, 25 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global