web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DBKL Didesak Bentang Pelan Mitigasi Banjir, Jangan 'Hangat-Hangat Tahi Ayam'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 2:28PM

Keadaan di Jalan Sultan Azlan Shah yang dinaiki air selepas hujan lebat di sekitar ibu kota semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) didesak mendedahkan hasil siasatan pelan mitigasi bah dilaksanakan Pasukan Petugas Banjir Kilat, seperti diumumkan Februari lalu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, P Prabakaran berkata, terdahulu pihak berkenaan memaklumkan hasil siasatan itu akan dilapor dan dibentangkan bulan ini, namun sehingga kini ia masih tiada khabar berita.

Beliau turut mengingatkan DBKL serta IKRAM supaya tidak melakukan kerja ‘hangat-hangat tahi ayam’ dan akhirnya tiada perkembangan mengenai apa dijanjikan.

“DBKL juga turut menubuhkan Task Force Banjir Kilat (Pasukan Petugas Banjir Kilat) dan meluluskan dana sebanyak RM25 juta bagi menyelesaikan isu banjir kilat di Kuala Lumpur bersama IKRAM yang dilaporkan akan dibentangkan April ini, namun sehingga sekarang tiada khabar berita mengenainya.

“Saya mendesak DBKL dan Institut Kerja Raya Malaysia untuk mengeluarkan hasil siasatan dijalankan seperti dijanjikan pada Februrari lepas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

P Prabakaran
P Prabakaran

Prabakaran berkata, semua sedia maklum isu banjir bukan pertama kali berlaku, malah sudah beberapa kali terjadi, termasuk penghujung tahun lepas dan awal tahun ini.

“Sehingga sekarang pelan mitigasi banjir dijanjikan di Dewan Rakyat masih belum dibentangkan kerajaan hari ini.

“Berapa lama sebenarnya masa perlu diambil untuk mengkaji isu banjir ini? Pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Januari lepas, Datuk Dr Abdul Latiff, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyatakan negara masih belum mempunyai Akta Pengurusan Bencana dan kerajaan sedang mempercepatkan penggubalan akta tersebut.

“Namun sehingga sekarang, kita tidak tahu ke mana hasil penggubalan data tersebut,” katanya.

Semalam, media melaporkan hujan lebat berterusan kira-kira satu jam sejak sekitar 4 petang, mengakibatkan beberapa jalan utama di sekitar Lembah Klang mengalami banjir teruk.

Keadaan itu menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor tidak dapat dilalui atau berdepan kesesakan teruk, antaranya Jalan Parlimen, Jalan Kuching, Jalan Travers, Jalan Tunku Abdul Halim, Jalan Semantan, Pintasan Segambut, Jalan Segambut, Jalan Kinabalu, Lorong Maroof, Jalan Thambi Abdullah serta Sentul.

Selain itu, Prabakaran yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) seolah-olah masih belum bersedia dengan sebarang kemungkinan banjir.

“Malah, ia sangat menghairankan apabila kerajaan masih gagal mengoptimumkan fungsi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) untuk memberi amaran awal kepada rakyat di sesetengah kawasan mengenai perubahan cuaca,” katanya. - Getaran, 26 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang