web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khidmat Pakej Taubat, Jangan ‘Tunggang’ Agama Demi Wang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 6:44PM

Hal agama tidak sepatutnya dijadikan urusan jual beli demi keuntungan pihak tertentu, hanya semata-mata untuk menghapuskan dosa seseorang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Islam sama sekali tidak pernah membenarkan pakej taubat yang kononnya untuk membantu individu menghapuskan dosa atau kekhilafan diri ditawarkan.

Menurut jurucakap Pemuda PAS, ia termasuk perkhidmatan menerusi promosi pakej taubat pada harga serendah RM20 bagi satu penama yang kini tular di media sosial.

“Iklan pakej perkhidmatan tersebut yang tersebar menerusi media sosial sungguh mengejutkan pihak kami. 

“Islam amat menggalakkan setiap muslim agar sentiasa bertaubat seperti saranan Allah dan Rasulullah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pemuda PAS berkata, pihaknya turut berpandangan kerajaan memandang serius perkara tersebut apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri menyiasat kemunculan laman sosial yang menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20.

“Perlu ditegaskan bahawa perkara melibatkan hal agama tidak sepatutnya dijadikan urusan jual beli demi keuntungan pihak tertentu, hanya semata-mata untuk menghapuskan dosa seseorang.

“Sudah pasti, ini adalah komitmen PAS untuk terus konsisten menjaga kesucian Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,” katanya. 

Terdahulu, Idris meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyiasat pakej promosi taubat RM20 yang ditawarkan melalui sebaran poster kepada orang ramai di media sosial, baru-baru ini.

Katanya, siasatan segera itu perlu dilakukan bagi mengesan ‘dalang’ yang terbabit dalam perkara berkenaan.

Jelasnya, pelaku juga akan dikenakan tindakan tegas bagi mengekang isu seumpama itu daripada tersebar dengan lebih meluas.

“Ia (siasatan dan tindakan tegas) perlu diambil serius kerana perkhidmatan seperti itu mampu merosakkan akidah umat Islam.

“Saya turut menasihatkan orang ramai, khususnya umat Islam tidak mudah terpedaya dengan tawaran seumpama itu,” katanya.

Isu terbabit turut mendapat respon Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Muhammad Rozaimi Ramle yang menegaskan pakej berkenaan adalah satu penipuan. 

Beliau berkata, rukun bagi perbuatan taubat hanya memerlukan orang yang berdosa untuk melaksanakannya.

Pada tahun 2017, terdapat perkhidmatan berkonsepkan sama, iaitu mengenakan bayaran untuk dibantu melaksanakan ibadah, dikenali ‘valet doa’.

Menerusi perkhidmatan itu, penyedia perkhidmatan menawarkan untuk individu mengirim doa untuk dibacakan di Tanah Suci pada kadar antara RM500 hingga RM2,500.

Susulan perkara tersebut, beberapa cendekiawan agama, seperti Abu Syafiq Al-Asy’ary dan pendakwah, Rahmat Ikhsan Sofyan atau lebih popular sebagai PU Rahmat tampil bersuara bagi memberikan kesedaran kepada umat Islam. - Getaran, 26 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini