web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Langgar Lari, Polis Kesan 'Pemandu VAL7553'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 6:53PM

Tangkap layar dari video yang tular di media sosial mengenai kejadian langgar lari di Kilometer 12.5 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang pada 9 April lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pemandu kereta yang memandu secara melulu dan dipercayai melanggar lari seorang penunggang motosikal di Kilometer 12.5 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang pada 9 April lalu, sedang dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian pada kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, mangsa sedang menunggang di laluan motosikal menghala ke Klang.

“Mangsa dilanggar dari arah belakang oleh kereta dengan nombor pendaftaran VAL7553 dari arah sama.

“Mangsa berusia 40 tahun itu, terjatuh dan mengalami kecederaan di muka serta tangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Iqbal, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, iaitu memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

Beliau berkata, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan untuk mengesan pemandu terbabit.

“Saksi boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Sarjan Wan Zafirah Wan Mohd Sukri di talian 017-5718125,” katanya. - Getaran, 26 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang