web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Kategori Kenderaan Mikromobiliti Dilarang Serta-Merta Di Jalan Raya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 8:56PM

Wee Ka Siong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan melarang tiga kategori kenderaan jenis mikromobiliti digunakan di jalan raya berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, tiga kategori kenderaan itu adalah moped; Personal Mobiliti Devices (PMD) iaitu skuter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman atau pun kuasa manusia yang mempunyai kelajuan maksimum 50 kilometer sejam serta Personal Mobiliti Aids (PMA).

Katanya, larangan itu dibuat menerusi pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (Kaedah) yang berkuat kuasa pada 17 Disember lalu.

“Bagi penggunaan basikal, walaupun tidak dilarang, ia hendaklah mematuhi semua peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagi basikal dengan bantuan elektrik atau basikal elektrik, hanya yang memenuhi spesifikasi Malaysia Standard, MS2514: Electric Bicycles (Electric Pedal Assisted Bicycles) Specification dibenarkan digunakan di atas jalan raya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua pihak berkuasa, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diseru bersama-sama mengawal selia penggunaan kenderaan mikromobiliti di dalam kawasan tadbir masing-masing.

Jelasnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis akan mula menguatkuasakan perintah larangan itu demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan orang ramai sebagai pengguna jalan raya.

“Penggunaan kenderaan mikromobiliti menerusi percampuran dengan aliran trafik bersama kenderaan lain di jalan raya, bakal menimbulkan risiko berlakunya tragedi sama seperti nahas basikal lajak yang meragut nyawa lapan kanak-kanak.

“Individu didapati menggunakan kenderaan mikromobiliti tertentu yang dilarang di atas jalan raya didapati melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Ka Siong berkata, orang ramai dinasihatkan mematuhi semua larangan dan peraturan jalan raya demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

“Pihak berkuasa yang berkenaan boleh membangunkan infrastruktur jalan, khusus yang menyokong penggunaan kenderaan mikromobiliti secara selamat, seperti laluan basikal tidak bercampur dengan aliran trafik sedia ada,” katanya. - Getaran, 26 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka