web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kabinet Setuju Fortifikasi Tepung Gandum Dengan Zat Besi, Asid Folik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 9:07PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan melaksanakan fortifikasi tepung gandum dengan zat besi dan asid folik bagi pek 25 kilogram (kg) ke bawah secara mandatori sebagai intervensi kesihatan awam dipersetujui Kabinet hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu bagi memastikan paras zat besi dan asid folik dalam tepung gandum adalah seragam serta selaras cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu 6.0 miligram zat besi dan 260 mikrogram asid folik dalam setiap 100 gram tepung gandum.

“Fortifikasi adalah proses menambahkan zat tertentu ke dalam bahan makanan untuk meningkatkan mutu gizi makanan.

“Pada masa ini, zat besi dan asid folik tidak ditambah ke dalam tepung gandum pek 25 kg. Kedua-duanya hanya ditambah ke dalam tepung gandum pek satu kg secara sukarela dengan paras berbeza-beza dan lebih rendah, berbanding paras dicadangkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha itu adalah satu daripada intervensi kesihatan awam dalam usaha meningkatkan pengambilan zat besi dan asid folik dalam kalangan masyarakat.

Katanya, kekurangan zat besi dan asid folik boleh menyebabkan masalah kecacatan kekal dalam kalangan bayi seperti Neural Tube Defect (NTD) dan Anemia.

“Pelaksanaan fortifikasi zat besi dan asid folik dijangka meningkatkan kualiti nutrien produk makanan dihasilkan industri makanan kecil dan sederhana seperti roti, mi basah, roti canai dan kuih-muih.

“Ia sekali gus membuka ruang lebih luas bagi rakyat Malaysia mendapat akses kepada makanan berkhasiat di pasaran. Ini diharap dapat meningkatkan status pemakanan dan kesihatan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Menurut beliau, berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, satu daripada lima (21.3 peratus) rakyat Malaysia mengalami masalah anemia dan secara khususnya, tiga daripada 10 (29.9 peratus) wanita usia reproduktif, iaitu antara 15 hingga 49 tahun, mengalami masalah anemia.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) m akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pemegang taruh berkaitan bagi memastikan pelaksanaan berkenaan tidak membebankan rakyat dari segi harga.

Jelasnya, KKM akan meminda Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi pelaksanaan fortifikasi itu. - Getaran, 26 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah