web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Kesan Sindiket Jual 'Kelengkapan Raya Ghaib' Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 9:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kononnya menjual pakaian dan kelengkapan hari raya menerusi platform media sosial, tetapi selepas pelanggan membuat pembayaran, barangan dibeli tidak sampai ke tangan.

Itu modus operandi terbaru sindiket penipuan bagi menjerat mangsa demi mendapatkan wang mudah.

Taktik itu dikesan selepas polis merekodkan 22 kes berkaitan, membabitkan kerugian berjumlah RM19,773 sejak 1 Januari lalu hingga hari ini. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, sindiket tersebut dikesan aktif melakukan penipuan dengan mengiklankan penjualan barangan, selepas wujud permintaan tinggi untuk pakaian dan kelengkapan hari raya.

“Siasatan pihak polis mendapati, sindiket ini menggunakan platform media sosial untuk mengiklankan barangan mereka.

“Namun selepas pembayaran dibuat barangan dibeli tidak diterima pelanggan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru, Mohd Kamarudin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa melakukan pembelian dalam talian.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada membuat pembelian melalui platform atau penjual meragukan,” ujarnya. - Getaran, 26 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'