web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rumah Mesra SMJ Perlu Berkualiti, Tidak ‘Wayang’ Seperti PPRT - ABIM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 3:46PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelemahan dan kontroversi yang timbul terhadap Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebelum ini diharapkan tidak lagi berlaku kepada Projek Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Projek yang akan dibina di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu membabitkan pemberian khas berjumlah RM125.6 juta.

Difahamkan, peruntukan untuk menjayakan projek Rumah Mesra SMJ tersebut diperoleh selepas kerajaan negeri menerima pemberian geran khas baharu tahun ini bagi meningkatkan jumlah pembinaan rumah mampu milik menerusi PPRT.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam (ABIM) Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus berkata, antara isu sering dibangkitkan adalah rumah dibina tidak mengikut spesifikasi yang betul di samping pembinaannya tidak mempunyai kualiti dan keselesaan seperti diharapkan.

“Kekukuhan rumah tidak stabil, ruangan bilik dan tandas tak mencukupi serta terdapat juga tapak rumah dibina sering dinaiki air kerana kawasan rendah.

“Hal ini berlaku kerana sikap ketidakjujuran dan ketidakseriusan sesetengah kontraktor binaan yang ingin mendapatkan keuntungan lebih sehingga hasil projek rumah tersebut seperti ‘melepaskan batok di tangga’,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Lantaran itu, Mohd Nur Hilmie berharap agar kerajaan Sabah dapat memastikan Rumah Mesra SMJ terlepas daripada sebarang isu tersebut, bagi membolehkan rakyat menerima binaan lebih berkualiti sekali gus berfungsi sebagai tempat berteduh dalam erti kata sebenar.

Mohd Nur Hilmie Milus
Mohd Nur Hilmie Milus

Pada masa sama, jelasnya, ABIM turut meletakkan harapan kepada kerajaan negeri agar penerima rumah tersebut adalah individu yang memenuhi syarat dan layak untuk dikategorikan dalam kelompok asnaf dan miskin.

“Ini kerana pemberian kemudahan rumah tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kualiti kehidupan, sesuai dengan pengangkatan karamah insaniah yakni nilai kemuliaan, martabat, maruah dan harga diri yang seharusnya dimiliki oleh setiap manusia.

“Sebagai tambahan, ABIM Sabah juga mencadangkan agar kelompok belia baru mendirikan rumahtangga dan memulakan kehidupan berkeluarga dimasukkan ke dalam senarai pemohon yang layak menerima bantuan Rumah Mesra SMJ ini,” katanya.

Mohd Nur Hilmie berkata, objektif utama PPRT diwujudkan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga asnaf dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Rumah Mesra SMJ sebelum ini dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan diagihkan sama rata kepada semua DUN di negeri ini.

Menurutnya, keputusan itu juga seiring dengan inisiatif kerajaan negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi memastikan kebajikan rakyat untuk memiliki rumah mampu milik.

Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah berkata, ia adalah permulaan yang bagus untuk Sabah dalam memastikan dana berkenaan digunakan untuk manfaat rakyat dan juga negeri ini.

Pada masa sama, jelasnya, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) berazam untuk meneruskan lebih banyak lagi melalui rundingan yang masih berjalan bagi mendapatkan 40 peratus untuk Sabah seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, ia adalah antara banyak kejayaan yang dicapai oleh kerajaan GRS-BN hanya selepas tiga tahun memerintah. - Getaran, 27 April 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Polis Mekah Tahan Warga Tempatan Bantu Wartawan Bukan Islam Masuk Ke Tanah Suci Mekah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penantian 18 Tahun Miliki Rumah Sendiri Berakhir, Nelayan Bersyukur Dapat PPRT

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'