web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ziarah Kubur, Rumah Sempena Aidilfitri Dibenar Selepas 2 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 6:24PM

Khairy Jamaluddin pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.

 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam negara ini kembali menarik nafas lega apabila aktiviti menziarahi kubur dan rumah sanak saudara atau sahabat handai sempena Aidilfitri dibenarkan semula.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau juga dibenarkan tanpa penjarakan sosial.

Menurut beliau, kerajaan turut mengambil keputusan membenarkan jamuan selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan acara rumah terbuka.

“Digalakkan untuk memakai pelitup jika di kawasan luar dan wajib untuk dipakai sekiranya berada dalam bangunan atau tak perlu sekiranya makan atau minum. Individu yang positif juga tidak dibenarkan hadir untuk mana-mana aktiviti tersebut.

“Perkara ini akan berkuat kuasa mulai 1 Mei ini dan ia sebagai panduan daripada kerajaan Persekutuan tetapi penguatkuasaannya tertakluk pada kebenaran setiap Majlis Agama Islam di setiap negeri,” katanya pada sidang media khas menerusi penstriman langsung di Facebook rasmi KKM, hari ini.

Beliau menarik perhatian, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan mulai 1 Mei  selepas kadar jangkitan baharu COVID-19 di negara ini menunjukkan trend menurun.

Penetapan itu katanya, disokong oleh jumlah pengambilan vaksin yang tinggi dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun jelas Khairy, penggunaan pelitup muka masih berkuat kuasa dalam kawasan bangunan serta pengangkutan awam bagi memberi pelindungan khususnya golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak daripada jangkitan wabak COVID-19.

“Walau bagaimanapun, ada pengecualian di dalam bangunan untuk tidak memakai pelitup muka seperti ketika melakukan senaman berat atau ketika berseorangan, makan dan minum, berucap dan membuat persembahan.

“Di luar, kita beri kebenaran kerana kita melihat ada pengudaraan yang baik namun KKM galakan agar pelitup muka terus diamalkan.

“Ini khususnya ketika berada di kawasan orang ramai atau individu yang mempunyai risiko tinggi jangkitan COVID-19.

“Kalau ada warga emas tegur kerana mereka golongan berisiko, pakailah kerana itu soal solidariti antara komuniti.

“Apa pun, di kawasan luar, ia adalah pilihan anda sama ada mahu pakai pelitup muka atau tidak,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Rembau itu, orang ramai juga dibenarkan bersalaman, dengan syarat menjaga kebersihan.

“Cuci tangan dan jaga kebersihan sendiri. Elak sentuh muka selepas bersalaman. Apa pun, kita benarkan rakyat bersalaman dan Hari Raya nanti boleh kita amalkan tetapi etika kendiri itu perlu dilakukan bagi menghindar jangkitan COVID-19,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau, berkata, imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan apabila seseorang memasuki premis atau tempat-tempat awam.

Bagaimanapun, orang ramai diminta supaya mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

“Individu dengan status berisiko tinggi pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif COVID-19 dan individu yang diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) tidak dibenarkan masuk ke premis.

“Pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu dalam MySejahtera yang akan memasuki premisnya.

“Aplikasi itu masih lagi penting untuk digunakan antara lain bagi tujuan pelaporan keputusan ujian pengesanan COVID-19 dan arahan HSO,” katanya. - Getaran, 27 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka