web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlu Bayar Untuk Suntikan Vaksin Kanak-Kanak Selepas PICKids Tamat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 9:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bayaran akan dikenakan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) ditamatkan pada 15 Mei ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) mengumumkan pemberian dos pertama di bawah PICKids hanya akan diberikan hingga 15 Mei ini dan tidak lagi ditawarkan selepas tarikh akhir berkenaan memandangkan permintaan rendah vaksinasi yang boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.

“Selepas tarikh tersebut, vaksin yang diberikan adalah secara berbayar dan jenis vaksin yang diberikan ialah Sinovac,” kata Khairy pada sidang media di sini hari ini bagi mengumumkan kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 di negara ini selaras dengan Fasa Peralihan Ke Endemik.

Khairy berkata pengambilan suntikan terbabit boleh dibuat di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) berbayar.

Beliau berkata program PICKids tidak dapat dipanjangkan kerana ia melibatkan tarikh luput vaksin, penghantaran daripada pengeluar selain terdapat usaha untuk memperoleh lebih banyak ubat antiviral.

Dalam pada itu, Khairy berkata penularan COVID-19 di negara ketika ini berada pada tahap terkawal dengan kadar positiviti antara lima hingga 10 peratus.

Beliau berkata pelaporan berhubung penularan kes COVID-19 di negara ini tidak akan dikeluarkan secara harian bermula esok.

“Esok (Khamis) merupakan hari terakhir KKM akan mengeluarkan (pelaporan itu) dan ia akan dikeluarkan secara mingguan selepas ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka