web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majlis Presiden PH Sokong Tengku Maimun, Tohmahan Terhadap Badan Kehakiman Keterlaluan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 11:32AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menerima sokongan penuh pelbagai pihak, termasuk Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
 
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, majlis itu mengingatkan semua pihak berkaitan berhubung Perkara 4.1 yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan PH.

"Perkara itu dengan jelas menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan perlu memastikan kebebasan institusi kehakiman terlaksana sepanjang masa.

"Majlis Presiden PH menyokong penuh kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun bahawa apa yang berlaku dalam beberapa hari ini membabitkan tohmahan terhadap hakim dan badan kehakiman agak keterlaluan," katanya.

Menurut Majlis Presiden PH, mereka mendukung dan mempertahankan sepenuhnya kebebasan badan kehakiman.

Lantaran itu, mereka menggesa agar kerajaan Persekutuan memastikan MoU ini terus terlaksana bersama pembangkang, khususnya bersama PH. 

"Perkara itu perlu diberi jaminan bahawa agensi-agensi penguatkuasaan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan serta sentiasa menghormati prinsip kebebasan badan kehakiman.

"Amatlah jelas, kebebasan badan kehakiman merupakan tunjang kepada hukum negara dan sistem demokrasi yang diterima, dipercayai serta diyakini rakyat," katanya. 

Tun Tengku Maimun Tuan Mat - Gambar Bernama
Tun Tengku Maimun Tuan Mat - Gambar Bernama

Semalam, Tengku Maimun menyifatkan tohmahan yang dilempar pihak tertentu terhadap hakim dan Badan Kehakiman sejak kebelakangan ini agak keterlaluan.

Beliau berkata, ini kerana kebelakangan ini mahkamah berhadapan dengan pelbagai kes berprofil tinggi dan membabitkan kepentingan awam.

Menurut Tengku Maimun, hakim sama sekali tidak terlepas daripada kritikan awam tetapi ia tetap tertakluk kepada pengawasan tertentu.

Atas dasar itu jelas beliau, hakim perlu mencatat penghakiman supaya dibaca, dianalisis, dibincangkan dan dibahaskan.

Menurut Tengku Maimun, mustahak untuk ditegaskan bahawa kehakiman adalah barisan pertahanan terakhir dalam demokrasi Perlembagaan.

Tidak boleh ada kecurigaan terhadap badan kehakiman, katanya. - Getaran, 28 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi