web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Onani Belakang Rumah Akauntan, Lelaki Diburu Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 12:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang individu disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan beronani di belakang rumah di Seksyen 23 di sini dalam kejadian Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, perbuatan lelaki dipercayai warga asing itu dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) jiran pemilik rumah berkenaan pada jam 12.06 tengah malam.

Menurutnya, mangsa seorang akauntan wanita sudah bersuami dan mempunyai seorang anak.

“Polis menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan daripada seorang wanita di Balai Polis Sri Muda, kelmarin selepas mengetahui kegiatan tidak bermoral suspek melalui jirannya.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan umpil bagi pecah masuk ke rumah mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, rakaman CCTV tidak dapat memaparkan dengan jelas wajah suspek berikutan rakamannya hitam dan putih, namun dia disyaki bukan warga tempatan.

Jelas beliau, usaha mengesan suspek giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Shamsul Azeerin di talian 012-9802652 atau 03-5520 2222 bagi membantu siasatan,” ujarnya. - Getaran, 29 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang