web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Tawar Kerja Tidak Wujud Tumpas, 9 Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 8:58PM

Polis menahan 9 orang kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Australia. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket penipuan yang menawarkan peluang pekerjaan di Australia tumpas selepas sembilan individu, termasuk dua wanita ditahan, kelmarin.

Ahli kumpulan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, modus operandi sindiket itu adalah menawarkan iklan pekerjaan menerusi WhatsApp serta media sosial, Instagram dan Facebook.

“Selain menawarkan iklan di media sosial, sindiket ini turut mempunyai laman sesawang di https:www.malaysia-ecotravel.com/.

“Orang ramai yang berminat akan melayari laman sesawang berkenaan sebelum diminta mengisi beberapa maklumat bagi permohonan visa untuk bekerja di negara berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian perlu mengikuti empat langkah diberikan sindiket, iaitu membuat pengesahan pasport, menyediakan dokumen, melakukan pembayaran dan mendapatkan tarikh temujanji untuk memperoleh visa.

Katanya, kos memproses permohonan visa yang dikenakan kepada mangsa adalah sebanyak RM1,400 (AUD$420).

“Bagi menyakinkan mangsa, satu tangkap layar ditunjukkan kepada mereka kononnya maklumat dan permohonan itu sedang diproses, walhal ia tidak berlaku.

“Selepas mangsa membuat bayaran, sindiket menghantar salinan dokumen palsu kepada mangsa seperti label visa, surat visa dan invois pembayaran cukai dengan menggunakan kepala surat Kementerian Dalam Negeri Kerajaan Australia,” jelasnya.

Mohd Kamarudin berkata, sindiket terbabit aktif sejak 13 Mac tahun lalu dengan menyasarkan mangsa rakyat tempatan dan warga asing yang ingin berhijrah serta bekerja di Australia.

Jelasnya, setakat ini terdapat 658 permohonan sedang diproses secara dalam talian dikenali sebagai IMMIAACCOUNT Online Application yang menggunakan kata kunci alamat milik ahli sindiket.

Kebanyakan permohonan berkenaan, katanya, membabitkan mangsa warga Malaysia, Bangladesh dan Pakistan.

Mengulas lanjut, Mohd Kamarudin berkata, sindiket itu dikesan beberapa kali menukar nama syarikat perniagaan mereka, selain akaun Facebook dan alamat sesawang turut dikemaskini.

“Namun begitu, reka bentuk dan template (pencontoh) emel serta invois masih mengekalkan format sama," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaaan, Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amlatfupuaa) 2001.

Orang ramai, katanya, dinasihat berhati-hati dengan membuat semakan dan pengesahan daripada agensi berkaitan, sebelum memohon sebarang tawaran kerja mencurigakan.

“Sekiranya mereka mengesan laman sesawang mempromosikan aktiviti menyerupai penipuan scam, orang ramai dinasihati terus melaporkan kepada pihak berkuasa agar tindakan segera diambil.

“Pihak polis menggesa mangsa lain yang mungkin tertipu oleh sindiket ini, membuat laporan di mana-mana balai berdekatan," ujarnya. - Getaran, 29 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi