web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Raya Tiba-Tiba, Warga Kota Serbu Kedai, Panik Persiapan Belum Lengkap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 May 2022 9:05AM

Sebaik sahaja pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad bahawa Aidilfitri disambut hari ini, ramai yang kelam-kabut membeli-belah saat akhir semalam. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persiapan sambutan Aidilfitri berubah kelam-kabut, susulan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad bahawa perayaan utama umat Islam itu jatuh pada 2 Mei (hari ini).

Sejurus pengumuman secara langsung itu dibuat, puluhan gedung pakaian dan pusat beli belah di ibu kota mulai sesak dengan orang ramai yang kalut membuat persiapan terakhir.

Majoriti warga kota yang ditemui mengakui terkejut dengan pengumuman berkenaan kerana begitu yakin Aidilfitri hanya akan disambut esok.

Tinjauan Getaran di sekitar ibu kota malam tadi mendapati hampir kesemua pusat beli belah sesak dek pengumuman tidak dijangka itu.

Bukan hanya membeli pakaian, mereka turut menyerbu bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini bagi mencari juadah yang masih dijual.

Siti Qhairunnisa Sulaiman
Siti Qhairunnisa Sulaiman

Seorang pengunjung, Siti Qhairunnisa Sulaiman, 29 berkata, dia terkejut tetapi dalam masa sama gembira kerana dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih awal.

"Agak panik juga saya dengan pengumuman ini, namun kita anggap ia sebagai antara keseronokan yang ada, selepas dua tahun tidak berpeluang meraikannya dengan penuh kemeriahan,” katanya ketika ditemui di Jalan TAR.

Beliau yang mengunjungi bazar berkenaan bersama keluarganya berkata, pengumuman tersebut turut merencatkan sebahagian acara yang disusun lebih awal.

"Kami sekeluarga, sebenarnya merancang ingin beraya di Rawang, namun nampak gayanya dengan persiapan yang masih belum lengkap, beraya dekat sini sahajalah," ujarnya.

Kecik Abdullah
Kecik Abdullah

Seorang lagi pengunjung, Kecik Abdullah,27 berkata,  rancangan asal untuk membeli baju Melayu hari ini tidak kesampaian dek pengumuman berkenaan.

"Kelam-kabut la orang Malaysia jadinya termasuk saya, dan nampak gayanya saya pakai baju raya tahun lepas dan beli baju Melayu esok (hari ini) sahajalah.

"Nak buat macam mana lagi, memang sudah tidak sempat dan saya harus balik ke kampung di Kedah malam ini juga (malam tadi),” katanya.

Kecil berkata, niat untuk mengayakan fesyen rambut baharu juga tidak kesampaian kerana kesuntukan masa.

Bazar Jalan Tun Abdul Rahman di Kuala Lumpur, sesak dengan orang ramai yang membuat persiapan akhir malam tadi. - Gambar Rubini Nagarajah
Bazar Jalan Tun Abdul Rahman di Kuala Lumpur, sesak dengan orang ramai yang membuat persiapan akhir malam tadi. - Gambar Rubini Nagarajah

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pekerja gedung pakaian yang hanya ingin dikenali sebagai Nurul, berkata, kesibukan orang ramai membuat persiapan saat akhir menjadikan waktu operasi premis tersebut dilanjutkan.

"Memang terkejut juga dengan pengumuman sambutan awal Aidilfitri walaupun  saya memang bersiap sedia untuk bekerja lebih masa seperti yang dirancang.

"Pengurus kami juga sudah mengingatkan bahawa waktu operasi akan dilanjutkan bagi memberi peluang orang ramai yang membeli-belah,” katanya.

Menurut Nurul yang telah bekerja di gedung itu selama lima tahun, sudah mejadi kelaziman untuk premis tersebut melanjutkan waktu operasi ketika musim perayaan, khususnya Aidilfitri.

"Ini kali pertama orang ramai dibenarkan menyambut Aidilfitri dengan meriah selepas dua tahun berkurung, jadi memang lebih rancaklah mereka buat persiapan dengan mengunjungi premis kami.

"Premis kami beroperasi sehingga jam tiga pagi bagi membantu orang ramai mencari pakaian diingini,” katanya. - Getaran, 2 Mei 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global