web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jemaah Teruja, Dah Hampir Lupa Suasana Solat Aidilfitri Di Masjid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 12:56PM

Umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Selepas dua tahun solat sunat Aidilfitri dilaksanakan secara penjarakan fizikal dan beberapa sekatan lain, hari ini ribuan jemaah Masjid Al Istiqamah, Kajang, di sini kembali menunaikannya dalam keadaan saf dirapatkan.

Ia amat signifikan bagi umat Islam yang meraikan kemenangan selepas sebulan melaksanakan ibadah puasa, mengharungi ujian dan cabaran sepanjang Ramadan, dalam saat negara belum sepenuhnya bebas daripada wabak COVID-19.

Berbeza dengan ketetapan tahun lalu yang hanya membenarkan 50 individu menunaikan solat sunat Aidilfitri bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah, ibadat itu kini ditunaikan mengikut kapasiti serta keluasan masjid.

Biar pun masih perlu mematuhi arahan pemakaian pelitup muka di ruangan tertutup, jemaah tidak perlu lagi membawa sejadah sendiri atau mengimbas kod QR MySejahtera untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Jemaah juga dibenarkan masuk ke masjid dan surau di Selangor tanpa mengira status vaksinasi, kecuali golongan berisiko tinggi atau di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO).

Keadaan itu selari kelonggaran diberikan kerajaan menerusi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi Fasa Peralihan ke Endemik, berkuat kuasa semalam.

Tinjauan Getaran mendapati, perasaan sebak dan terharu mengiringi emosi majoriti jemaah Masjid Al Istiqamah hari ini setelah usai menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi tadi.

Irfan Abdul Ghani
Irfan Abdul Ghani

Muhammad Irfan Abdul Ghani, 24, mengakui jiwanya tersentuh apabila dibenarkan untuk menunaikan solat sunat sempena bulan Syawal itu tanpa ada lagi penjarakan sosial seperti dua tahun lepas. 

Menurutnya, kebenaran tersebut membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk datang ke masjid seawal jam 7.30 pagi. 

"Syukur sangat-sangat, rasa sebak sebab sudah dua tahun kita tidak dapat rasa suasana solat berjemaah di masjid beramai-ramai, jadi saya rasa bersyukur sangat-sangat.

"Bila dah sampai masjid rasa seperti suasana baharu, saya sampai dah lupa bagaimana  suasana solat hari raya. Sangat seronok melihat muka semua jemaah gembira dapat solat raya Aidilfitri tahun ini," katanya kepada Getaran ketika ditemui. 

Anwar Samsudin
Anwar Samsudin

Pekerja kilang, Anwar Samsudin, 26 pula berkata, perasaan syahdu menyelubungi hatinya tatkala menunaikan rakaat pertama solat sunat Aidilfitri.

Perasaan itu katanya, tidak dapat digambarkan kerana masih diizinkan menjadi tetamu rumah Allah menjelang Syawal. 

"Alhamdulillah, syukur teramat sangat sebab sudah dua tahun kita tidak boleh tunaikan solat raya secara berjemaah di masjid.

"Hari ini kita diberikan peluang untuk menunaikan solat Aidilfitri, syukur kepada Allah sebab sepatutnya dengan COVID-19 ini memang ada hikmah, iaitu lebih mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Syahdu sangat hati ini selepas menunaikan solat Aidilfitri tadi,” katanya yang menetap di Kampung Sungai Merab Luar. 

Abdullah Muji
Abdullah Muji

Sementara itu, pesara kerajaan, Abdullah Muji, 61 menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan kerajaan yang membenarkan solat tarawih tanpa jarak, sejajar dengan fasa peralihan endemik COVID-19. 

"Alhamdulillah pandemik sudah reda sedikit, tidak ada masalah. Saya bersyukur sebab dah lama tak solat sunat Aidilfitri ramai-ramai di masjid. 

"Saya rasa bagus dan positif sebab dapat tunaikan solat pagi ini. Amalan itu mudah-mudahan diberkati Allah,” katanya. 

Nur Asyikin Yusof
Nur Asyikin Yusof

Suri rumah, Nur Asyikin Yusof, 31 pula berbangga dengan kerajaan apabila mengikut jejak langkah negara luar yang membenarkan rakyatnya untuk menunaikan solat beramai-ramai tanpa penjarakan fizikal.

Menurut beliau, perkara tersebut merupakan langkah terbaik dalam menyeru lebih ramai umat Islam untuk solat secara berjemaah.

"Sebelum ini, ramai yang meluahkan di media sosial bahawa mereka hampa tidak dapat solat sunat Aidilfitri di masjid dan sebagainya. Jadi, pada tahun ini, selari dengan peralihan ke endemik, kebanyakan SOP telah dilonggarkan.

“Saya rasa perkembangan ini membuatkan lebih ramai umat Islam tersenyum apabila mendapat perkhabaran gembira ini. Alhamdulillah, masjid semakin meriah,” ujarnya.

Dalam pada itu, bilal Masjid, Masnon Sidek berkata dia sebak apabila masjid yang sunyi pada Hari Raya Aidilfitri disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali meriah seperti sebelum negara dilanda pandemik COVID-19. 

"Sungguh terasa sayu hati ini apabila masjid mula dipenuhi masjid. Sebelum ini saya sebak sebab masjid kosong, tapi kali ini rasa sebak itu disebabkan Allah dah permudahkan kita untuk kembali solat berjemaah. 

"Meskipun diberi kelonggaran, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak melupakan SOP yang ditetapkan seperti kurangkan bersentuhan dan memakai pelitup muka," katanya. - Getaran, 2 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini