web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu MPV Samseng Direman 3 Hari Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 May 2022 8:11PM

Seorang lelaki ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan ke melibatkan MPV yang dipandu secara berbahaya di Kilometer (KM) 25.1 hingga KM 27.5 Lebuhraya Karak menghala ke Genting Sempah, Pahang. - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembuli jalanan yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berbahaya di Kilometer (KM) 25.1 hingga KM 27.5 Lebuhraya Karak menghala ke Genting Sempah, Pahang direman  bagi membantu siasatan kes.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, suspek direman tiga hari hingga 4 Mei untuk membantu siasatan kes terbabit.

Menurutnya, reman hingga Rabu itu diperoleh ketika suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam jam 10 pagi tadi.

"Majistret menerima permohonan perintah reman dan membenarkan suspek direman selama tiga hari sehingga 4 Mei ini untuk membantu melengkapkan siasatan.

"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Terdahulu Getaran melaporkan, suspek yang memandu Toyota Alphard itu ditahan di perkarangan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Gombak selepas videonya tular di media sosial. 

Video berdurasi dua minit 25 saat tersebut memaparkan suspek cuba memotong barisan menggunakan lorong kecemasan dan perbuatan tersebut berjaya dirakam kamera papan pemuka kenderaan lain.

Pemandu MPV berkenaan juga didapati menghalang laluan kenderaan lain dengan menekan brek secara mengejut dan menyerongkan kenderaannya dengan niat melakukan provokasi. - Getaran, 2 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'