web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Pandang Sambil Lewa Pencerobohan Tentera China di Sabah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 8:47PM

Jeffrey Kitingan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pencerobohan ke atas Sabah dilihat terus berlaku tanpa sebarang tindakan balas daripada pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan yang meluahkan kerisauan berhubung perkara itu berkata, kerajaan perlu memandang serius isu tersebut.

Menurut beliau, kerajaan Persekutuan perlu memastikan kedaulatan negeri itu terjaga, termasuk dari pencerobohan tentera China di kawasan perairan dan ruang udara.

"Kerajaan Persekutuan diminta menunjukkan sikap hormat terhadap Sabah sebagai rakan sekutu dalam pembentukan Malaysia. 

"Permintaan ini juga sebagai tanda menghormati Sabah selaku rakan sekutu seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini. 

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau itu berkata, Sabah terdedah secara langsung dengan konflik pertindihan tuntutan terhadap kepulauan dan kawasan terumbu karang di Laut China Selatan. 

Tegasnya, beliau sentiasa mengikuti perkembangan berkaitan konflik tuntutan wilayah di Laut China Selatan dari semasa ke semasa.

“Ancaman terhadap kedaulatan perairan Sabah amat membimbangkan kerana negeri ini berada di barisan hadapan dalam kawasan pertindihan tuntutan berkenaan.

"Kita perlukan tindakan lebih serius kerajaan Persekutuan, Kementerian Pertahanan dan agensi berkaitan,” katanya. 

Sementara itu, Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata, pencerobohan aset ketenteraan China di Laut China Selatan bukan sesuatu yang baharu kerana ia sudah berlaku sejak 2013.

“Tahun lalu sahaja, Tentera Laut Diraja (TLDM) merekodkan sebanyak 23 kes pencerobohan di Zon Ekonomi Eksklusif Negara (EEZ). Apa lagi kita tunggu?

“Ingat ya, ancaman terhadap kedaulatan perairan negara turut menjejaskan ekonomi Malaysia,” katanya. 

Terdahulu, kajian terkini badan bebas di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kemungkinan terdapat 300 kapal peronda maritim China yang mengawal Laut China Selatan pada sesuatu masa.

Menurut Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa AS (CSIS), sebahagian besar kapal dengan kelengkapan separa tentera itu tertumpu di sekitar perairan Pulau Spratly.

Tindakan tersebut lapor Al Jazeera, secara tidak langsung menunjukkan Beijing berazam memperkukuhkan tuntutan kontroversinya ke atas perairan yang dipertikaikan beberapa negara termasuk Vietnam, Filipina, Malaysia, Brunei dan Taiwan. 

China juga giat membangunkan struktur dengan menambak laut bagi membina pulau buatan lengkap dengan landasan kapal terbang, pelabuhan dan infrastruktur ketenteraan di Laut China Selatan.

Awal tahun lalu, kira-kira 200 kapal terbabit dalam perselisihan berpanjangan dengan Filipina di Terumbu Whistun yang sebelum ini tidak berpenghuni di Spratly.

Khamis lalu, Filipina menuduh kapal Pengawal Pantai China menembak meriam air ke arah bot yang sedang menghantar bekalan makanan kepada pasukan tentera lautnya.

Kerajaan Filipina turut mengeluarkan amaran supaya Beijing segera berundur dari kawasan perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan itu. - Getaran, 2 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang