web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM Pantau Penyalahgunaan Lorong Kecemasan Dengan Agresif

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 9:01PM

Unit Drone Team Bravo akan membuat rakaman video dari udara bagi mengenal pasti kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan tanpa sebab munasabah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) akan memantau penyalah gunaan lorong kecemasan di lebuh raya secara lebih agresif.

Timbalan Pengarah 1 JSPT Bukit Aman, Deputi Komisioner (DCP) Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pemantauan berkenaan melibatkan penggunaan dron oleh Unit Dron milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, perbuatan itu dianggap sebagai mencabar pihak berkuasa dan pesalah akan segera ‘dicekup’ sebaik berjaya dikenal pasti.

“Semua dron ini akan berterbangan di ruang udara lebuh raya sehingga 8 Mei.

“Jika ada pemandu beranggapan kesalahan anda itu tidak diperhatikan, anda salah. Unit Drone Team Bravo akan membuat rakaman video dari udara bagi mengenal pasti kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan tanpa sebab munasabah," katanya.

Mohd Nadzri berkata, kesemua dron terbabit akan diterbangkan oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) di tiga lokasi iaitu Plaza Tol Gombak, Slim River, Perak dan Pagoh, Johor untuk merekodkan gambar kenderaan yang melakukan kesalahan berkenaan.

"Unit Dron Team Bravo yang dikendalikan Inspektor Faiz bersama dua lagi anggota dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) telah membuat rakaman video bagi mengenal pasti kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan tanpa sebab munasabah," ujarnya.

Jelasnya, kenderaan yang dikesan memasuki lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Tapah berjaya dikenal pasti Dron PDRM, sebelum pemandu berkenaan ditahan polis dan dikenakan saman serta-merta berjumlah RM300, semalam.

Mohd Nadzri bagaimanapun berkata, perlanggaran kesalahan oleh pengguna jalan raya dapat diminimumkan kali ini, susulan kesedaran yang semakin meningkat dan ketakutan akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Katanya, pelaksanaan Op Selamat 18 oleh JSPT telah mendapat kerjasama daripada Unit Dron dan PGU, PDRM bagi memantau aliran trafik dan menguatkuasakan tindakan ke atas kesalahan lalu lintas sehingga 8 Mei ini sempena sambutan Aidilfitri.

"Bagaimanapun,  rakyat dinasihati supaya memandu dengan berhati-hati dan bertimbang rasa tanpa sikap mementingkan diri sendiri supaya semua orang merasa selesa untuk balik ke rumah masing-masing,” katanya. - Getaran, 2 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah