web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air Pulih Sepenuhnya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 11:09AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air melibatkan 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor, pulih sepenuhnya jam 8 pagi tadi.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri, gangguan bekalan air yang tidak berjadual itu adalah susulan pemberhentian tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi, semalam.

“Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

“Pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui semua medium komunikasi rasmi Air Selangor, iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang: www.airselangor.com,” katanya pagi tadi.

Menurut beliau, maklumat lanjut serta sebarang pertanyaan dan aduan boleh dirujuk kepada Pusat Perhubungan Air Selangor melalui talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Media semalam melaporkan, 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pemberhentian tugas sementara LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi.

Antara kawasan yang terjejas akibat gangguan air yang tidak berjadual tersebut adalah, 172 kawasan di Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27). - Getaran, 4 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Bekalan Air: Operasi 4 LRA Di Selangor Pulih 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Sekolah Di Pulau Pinang Dibenarkan PDPR Sepanjang Gangguan Bekalan Air

4

Semasa 9 bulan yang lalu

2 PPS Ditutup, Banjir Di Johor Pulih Sepenuhnya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini