web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suspek Kes Tembak Direman, Polis Kenal Pasti 2 Lagi Individu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 3:04PM

ACP Noor Dellhan Yahaya - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak mati seorang lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, semalam direman enam hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner (ACP) Noor Dellhan Yahaya berkata, reman lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an itu bermula hari ini.

Menurut beliau, polis juga sudah mengenal pasti identiti dua lagi suspek yang dipercayai turut terlibat dalam kes terbabit, susulan penangkapan lelaki tersebut.

“Kedua-dua suspek ialah warga tempatan, masing-masing berusia 40-an dan 50-an,” katanya.

Noor Dellhan berkata, usaha mengesan kedua-dua mereka sedang giat dijalankan.

Katanya, pihak polis turut  sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif pembunuhan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Media semalam melaporkan, seorang lelaki tempatan ditemui mati dengan kesan tembakan di dahi, di bilik sebuah hotel di Bukit Bintang, sejam mangsa selepas mendaftar masuk.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 6 petang semalam bersama seorang lagi rakan lelaki.

Mereka dikatakan dari Johor, namun tujuan kedatangan mangsa dan rakannya itu ke ibu negara masih belum dapat dipastikan. - Getaran, 4 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi