web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jual Beli Dadah Motif Utama Lelaki Dibunuh Dalam Bilik Hotel

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 May 2022 2:07PM

Azmi menunjukkan sepucuk pistol yang dirampas di sidang media hari ini. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktiviti jual beli dadah dipercayai menjadi motif utama pembunuhan seorang warga tempatan yang ditemui mati dengan kesan tembakan dalam bilik hotel di Bukit Bintang di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, maklumat berkenaan diperoleh hasil soal siasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur terhadap tiga suspek.

“Siasatan awal polis selepas tangkapan pertama mendapati, ada dua lagi lelaki terbabit dan polis memulakan operasi memburu kedua-duanya.

“Semalam di Puchong kira-kira jam 7 petang, kita berjaya menahan dua lagi  individu berkenaan, masing-masing berusia 47 dan 51 tahun yang dipercayai turut berada di lokasi kejadian ketika mangsa ditembak,” katanya dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut beliau, polis merampas dua pucuk pistol jenis Revolver .38 bersama enam butir peluru dan Semi Auto Baretta berserta lapan butir peluru serta satu kelopak peluru.

Katanya, turut dirampas ialah motosikal, dua topi keledar, dua helai baju, dua pasang kasut sukan dan satu topi serta tiga telefon bimbit yang disyaki digunakan semasa kejadian.

Mengulas lanjut Azmi berkata, kedua-dua suspek yang berasal dari Kuala Lumpur itu dipercayai berada di hotel berkenaan bagi urusan jual beli dadah bersama mangsa dan suspek utama.

Dua pucuk pistol yang dirampas berkaitan dengan kes tembakan dalam bilik hotel di Bukit Bintang Selasa lalu. - Gambar ihsam PDRM
Dua pucuk pistol yang dirampas berkaitan dengan kes tembakan dalam bilik hotel di Bukit Bintang Selasa lalu. - Gambar ihsam PDRM

“Hasil semakan mendapati mangsa yang berasal dari Johor mempunyai 13 rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek utama pula mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah di bawah Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek utama sudah direman enam hari sehingga 9 Mei ini manakala dua lagi suspek yang ditahan semalam akan dihadapkan ke mahkamah untuk permohonan reman.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis percaya kes ini telah berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek tersebut. Kami memberi amaran, orang ramai jangan melibatkan diri dengan sebarang urusan yang melanggar undang-undang.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah, mereka boleh menyalurkan maklumat kepada Bilik Gerakan Khas 24jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460670 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999,” jelasnya. - Getaran, 5 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Jelajah 2 bulan yang lalu

Mercure Penang Beach Sesuai Untuk Bermalas-Malasan!

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Trump Cedera Dalam Kejadian Tembakan Semasa Berkempen

4

Jelajah 3 bulan yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang