web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kematian Doktor Pelatih - Kon Yeow

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 May 2022 6:50PM

Chow Kon Yeow

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) harus menubuhkan jawatankuasa inkuiri khas berhubung kematian seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, jawatankuasa siasatan khas itu penting bagi mengenal pasti punca dan mengelak kejadian serupa berulang pada masa hadapan, khususnya membabitkan doktor pelatih di seluruh negara.

“KKM tidak wajar berdiam diri dan membiarkan perkara ini berterusan, mereka perlu segera ke hadapan untuk menjelaskan apa yang berlaku.

“Strategi serta jalan penyelesaian yang wajar adalah perlu disegerakan demi jaminan sistem perubatan negara kita secara menyeluruh,” katanya hari ini.

Beliau berkata, KKM dan pihak berkuasa berkaitan harus segera tampil ke hadapan bagi menjelaskan kejadian sebenar.

Katanya, adalah amat tidak wajar tindakan KKM  berdiam diri dan membiarkan perkara ini berlarutan.

“Menteri Kesihatan dan pihak berkenaan perlu segera tampil menjelaskan kejadian yang berlaku.

“Pada masa sama, mereka wajar mengkaji serta merombak semula sistem pengurusan sedia ada jika perlu, terutamanya membabitkan tempoh masa penugasan doktor-doktor di institusi perubatan,” ujarnya.

Media pada 17 April lalu melaporkan, seorang doktor pelatih Hospital Pulau Pinang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan kediamannya di Georgetown.

Doktor pelatih itu dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Jalan Datuk Keramat di sini, dan polis yang menyiasat kejadian itu mengklasifikasikan ia sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Soffian Santong, yang mengesahkan kematian pelatih itu bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kes akan diklasifikasikan semula sekiranya ada bukti terbaru. - Getaran, 5 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Papagomo Disiasat Berhubung Video Aibkan PM - Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad